
Monday, November 23, 2009

kawan atau kekasih??
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH…
ANDA tergolong dari yang mana…???
hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati …hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati …
berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ….
Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.
Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak boleh disisih…
KAWAN menghulurkan bantuanKEKASIH menghulurkan sokongan.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan…
KAWAN sekuntum senyuman,KEKASIH sepenuh perhatian
Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu…?
KAWAN sejujur kata,KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman..
tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita
JIKA KAWAN itu KEKASIH…
dan KEKASIH itu KAWAN…
perlu lah dihadiahkan “Sedalam lautan Setinggi kayangan” kerana “Kasih sayang tiada sempadan” tapi sayang…
KEKASIH tetap KEKASIH…
KAWAN tetap KAWAN…
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..
so hanya kita sahaja yang dapat menilai dan memberi keutamaan yang mana harus di utamakan...
yg penting kita tau apa yg terbaik utk diri kita.. (peringatan utk diri sendri gak nih..heuheueeu)
Saturday, November 21, 2009

engau yang sentiasa bermain difikiran tiap masa dan ketika..
Wednesday, November 18, 2009
APA ITU DADAH?

Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.
Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor.
Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Dadah/bahan tersebut termasuk :
-Alkohol dan tembakau
-Ubat tidur
-Ganja
-Gam
-Ekstasi
-LSD
-Heroin
Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?
Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?
Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami kegianan.
Apakah itu gian?
Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas samada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku. Gejala ini termasuk berkeinginan yang melampau untuk mengambil dadah.
Apakah itu toleran?
Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama Keadaan ini juga dikenali sebagai penggantungan fizikal.
Apakah itu pergantungan?
Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian.
Dadah yang disalahgunakan.
Apakah jenis dadah yang biasa disalahgunakan?
Kumpulan Narkotik :
Candu/Opium
Morfin/Morphine
Heroin
Kodein/Codeine
Perangsang/Stimulants or 'speeds' :
Ekstasi
Amfitamin/Amphetamin
Kokain
Hallucinogens :
LSD
PCP atau "angel dust"
Inhalants :
Aerosol
Gam
Marijuana / Cannabis :
Grass
Ganja
Hashish
Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah :
Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah.
Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.
Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah boleh :
-Ponteng sekolah
-Disiplin menurun
-Tercicir dari persekolahan
-Mengasingkan diri dari murid lain
-Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb)
-Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
-Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
-Hilang selera makan
-Berat badan menurun
Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
-Mata merah
-Bekas suntikan di lengan
-Suka berhutang
-Mencuri barang yang mudah dijual
Mengapa penagih dadah perlu rawatan?
Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan dengan :
Simptom-simptom yang tidak selesa dan juga boleh membawa maut akibat gian yang keterlaluan
Masalah sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah
Apakah jenis rawatan yang boleh diperolehi?
Bantuan profesional adalah diperlukan dalam bidang :
-Kaunselling
-Detoksifikasi
-Pemulihan
Sokongan masyarakat dan keluarga sangat penting untuk membantu penagih membebaskan diri dari cengkaman dadah.
Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat dengan penagihan dadah?
Berbincang dengan :
-Ibu bapa
-Guru kaunseling
-Guru
-Kawan/sahabat yang dipercayai
-Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS)
-Doktor
-Kumpulan penyokong
-Pegawai Kebajikan Masyarakat
-Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)
Bagaimana seseorang itu mencegah dari menagih dadah?
Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat yang betul :
-Mengetahui bahaya dadah
-Mengetahui mitos mengenai dadah
-Peka dengan persekitaran anda.
-Ahli Keluarga/ peraturan rumah
-Memahami peradaban di rumah seperti tidak meniru perlakuan orang yang lebih tua
-Peraturan sekolah
-Pilih kawan yang betul
-Hubungan dengan ahli komuniti
-Jauhkan diri dari kawasan yang berisiko
-Mengetahui di mana ada kemudahan yang boleh dimanafaatkan
Acara masyarakat (kelab/perhimpunan sosial) :
Berwaspada selalu
Belajar bagaimana untuk berkata "TIDAK".
Ketegasan

tah napa.. hehe mayb cuti kot...
pas2 aku ternampak keropok ikan kat sebelah aku... dengan x gosok giginyer, aku terus melantak sampai kenyang hahaha.....
than after that aku amik sebatang rokok sambil chek email facebook, ms, yahoo n etc... aku ternampak lah kawan aku ni buat video sendiri guna lagu siti nurhaliza... hahaha lawak gila...
pagi-pagi da buat aku nak ketawa sambil kutuk video clip dia hehe...
tapi pepe pon best lah dia punya video clip...
dapat ilangkan bosan aku...
yer lah dari fikir masalah kawan2 yang memeningkan kepala otak kau...
bek aku ilangkan stress dengan melayan diri sendiri haha...
chaw..