Encik East | Create your badge
Instagram

Friday, February 22, 2013


Monday, February 18, 2013

2 pelajar maut kereta dinaiki cuba elak lembu (saudara aku)



                       
KOTA TINGGI - Akibat cuba mengelak seekor lembu melintas jalan, dua remaja maut manakala seorang cedera apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di tebing curam di Kilometer 66.9 Lebuh Raya Senai-Desaru di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa iaitu Nettie Ratna Sari Abdul Rahim, 16, dari Taman Kota Jaya dan Nur Syafiqah Syazwani Harun Nul Rashid, 16, dari Perumahan Desa Sejahtera, meninggal dunia di tempat kejadian.
                      
Menurutnya, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota, manakala rakan mereka yang juga pemandu kereta jenis Honda City, Mohd Razy Md Yusof, 22, dari Felda Sungai Mas, mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Klinik Bandar Penawar.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.15 pagi apabila kereta yang dinaiki mangsa dari arah Senai menghala ke arah Desaru hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam curam di laluan bertentangan.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Mohd Razy cuba mengelak lembu yang berada di atas jalan. Keadaan jalan yang gelap dan licin berikutan hujan mengakibatkan kereta itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum masuk ke dalam curam.

“Kedua-dua mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan Mohd Razy yang masih berada di tempat duduk pemandu mengalami cedera ringan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam petang semalam (kelmarin)," katanya.

Thursday, February 14, 2013

MY OLD & NEW I/C


Everyday I Love You

lagu EVERYDAY I LOVE YOU ni khas untuk korang-korang yang ngan slbr8 velentine day's (14 febuary 2013) semoga korang semua bahagia dengan orang yang korang hargai.....
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages