Encik East | Create your badge
Instagram

Friday, December 21, 2012

TEORI PARA PENGKAJI SAINS & AHLI ULAMA KIAMAT SUDAH TIBA


Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver. Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat..


Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat. Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .

“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: 
“Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). 
“barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]
Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.
Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.
Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.
Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.
Komentar terhadap hadith
Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.
Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A’lam Nubala’, hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.
Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.
Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru
Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012. Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.
Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012. Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..
Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.
Fenomena ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah dipindahkan ke 2012.
Sikap orang Islam
Jika kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan : hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.

“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha : 15 - 16].
Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ramalan-ramalan yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” [surah al-'Araaf : 187].
Bagi kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet. Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat? Benar, Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku kiamat.

Friday, November 23, 2012

just new from me...



 





Ainan Tasneem - AKU SUKA DIA (separuh akhir muzik muzik 27)


Ainan Tasneem - AKU SUKA DIA (separuh akhir muzik muzik 27)
Make Up by: Famee Abdullah Radzi
Dress By: Hattar Dolmat


     walaupon dia sikit gemuruh, tapi ok lah untuk percubaan... tapi sepatutnya drama-drama tu x perlulah sangat kot yer tok semifinal.. rasanya kalau guna mic stand and just berdiri, bawak gitar da cukup cool kot... tapi tu lah, mayb idea kawan2 dia yang suh wat drama segala.. ( nak tumpang glam kot)
     tapi dia ni memang ada bakat lah, cuma kene banyakkan campur dengan orang2 yang lebih pengalaman, mayb dia akan p jauh lah.. kalau ada rezaki dia laH....
     apa2 pon good luck tok Ainan Tasneem... semoga berjaya in the future.. 

macam-macam ada... nak brands apa just pilih jer... hahaha


Thursday, November 1, 2012

tersenyumlah wahai hati yang bersedih



Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Thursday, September 6, 2012

kisah lawak presiden bush di kuala lumpur

 Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini… dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata…”Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini… saya pasti tunaikan..”


“Well”, kata Bush…”Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri… tapi tidak pernah mendapat melakukannya.”
“Wah,” kata pemandu..”Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah..”

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama… Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..
Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya… polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush… dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

“Tuan..” kata Polis itu. “Saya baru saja menahan seorang pembesar.”
“Apa?” kata atasannya, “Ketua Polis ke?”
“Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita”
“Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?”
“Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi.”
“Well, siapa yang kamu tahan itu?” tanya pegawai atasan kebingungan.
“Tidak tahu Tuan..” jawab Polis.
“Kenapa ko tidak tahu pula..” tanya pegawai atasan itu lagi.

“Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush! Jadi yang dibawanya mesti lagi hebat lagi tuan!”

Ha ha ha ha. Mesti kalut gila pegawai atasan polis tu. Tiba-tiba aku tertanya siapa yang lagi besar dari Presiden USA eh? Korang ada idea tak? Yang paling penting, Allah Maha Besar dan Allah kekal abadi. Yang memasukkan kita ke syurga kelak bukan lah amal kita, tetapi redha dan rahmat Allah kepada kita. Jadi banyakkan lah berdoa ya.

Monday, July 23, 2012

tekanan dalam kekeliruan

now da dekat 5 bulan aku berkerja kat tanah rata, cameron highlands ni.....
macam-macam perasaan aku lalui sehinggakan ada ketikanya aku tak mampu untuk menahan setiap tekanan yang menimpa kat aku.....
tuhan jer yang tahu perasaan aku selama ni... nak aku luahkan pon, x ada sapa yang dapat faham apa yang sebenarnya aku lalui.. dorg semua mampu mengangukkan kepala atau melayan apa yang aku cakap jer.., tapi tak dapat rasa kepritannya...
kadang-kala, ada gak aku terfikir, macam mana lah aku boleh terjebak dalam kerjaya travel & tours sedangkan ini x pernah ada dalam kamus hidup aku.....
aku x pernah terlintas langsung untuk berkerja seperti ini kerana .. tapi itu lah cabaran, dan tuhan bagi aku dugaan...
tapi series memang berat tangungjawab dan tekanan dalam berkerja di industi perlancungan ni... mana nak tarik pelancung,

sunrise in cameron highlands





Thursday, June 21, 2012

bahagia


Bahagia! Semua orang ingin berbahagia! Dari yang masih kecil yang masih belum pandai membuang hingus sehinggalah yang sudah tua bangka yang sudah nyanyuk semuanya inginkan kebahagiaan!Masing-masing mengidam-idamkan untuk menjadi kanak-kanak bahagia .. atau remaja bahagia .. atau pasangan bahagia .. atau ibu bapa bahagia .. atau datuk nenek bahagia .. atau moyang bahagia!
Kadang-kadang aku tengok TV .. baca paper .. baca majalah .. sembang-sembang .. dengar radio .. dan Potpetpotpet cuba melihat apa erti kehidupan bahagia untuk seorang manusia modern dan cara memperolehinya .. menurut cermin yang digambarkan dari sumber berkenaan! Melaluinya aku seolah-olahnya diseret ke dalam sebuah pengertian bahagia dan cara perolehan bahagia yang sangat menonjol pada saat dan ketika ini .. persoalannya .. adakah ini bahagia dan adakah ini caranya kita manusia modern memperolehi bahagia? Adakah ini bahagia?

* Bahagia bila bebas berbuat apa sahaja menurut citarasa hati!
* Bahagia bila ada business besar, rumah besar, kereta besar, pangkat besar, wang besar, kuasa besar!
* Bahagia bila jadi kaya raya dengan apa cara sekali pun!
* Bahagia bila boleh bersukaria berpesta dengan apa cara yang sesuai dengan hati!
* Bahagia bila boleh pakai apa sahaja atau tidak pakai apa pun mengikut pilihan yang sendiri suka!
* Bahagia bila boleh makan boleh minum apa sahaja menurut tepok dada tanya selera!
* Bahagia bila boleh bercakap apa sahaja sekehendak mulut!
* Bahagia bila mendapat sanjungan ramai, popular, famous, glamour!
* Bahagia bila sentiasa beroleh menang dalam apa hal sekali pun seperti menang perang, menang pilihanraya, menang pertandingan dsb!
* Bahagia bila boleh jalan sana jalan sini sesuka hati!
* Bahagia bila boleh bersenang lenang, berhibur dan berlibur tanpa buat sebarang apa-apa kerja!
* Bahagia bila bebas merdeka dari sebarang peraturan dan hukum terutamanya hukum hakam Agama .. tak perlu solat .. tak perlu puasa .. tak perlu zakat .. boleh berzina .. boleh minum-minum .. boleh berbogel .. boleh berjudi!
Ishk .. ishk .. ishk .. bahagia kan? Betulkah ini bahagia?
Ini bukan pendapat aku tetapi itulah persepsi yang disampaikan melalui kaca TV, peti radio, paper, majalah hiburan, persekitaran, perlakuan, percakapan etcetera etcetera etcetera!
x

Monday, June 11, 2012

kehilangan 2 ahli keluarga terdekat akibat kemalangan di hiway tangkak, muar, johor...

   semalam 7hb jun 2012 adalah tarikh yang dipenuhi dengan kesedihan bagi ahli keluarga aku...
sepupu terdekat aku terlibat didalam satu kemalangan jalan raya... dia dari johor baru nak balik ke kl tok stat keje after bawak ahli keluarga dia balik cuti sekolah..
   tapi takdir yang telah tertulis tiada sapa dapat membantah.... sepupu aku yang aku panggil (along) bersama isteri dan 4 orang anak dia yang masih kecil lagi adalah mangsa yang terlibat... menurut sumber yang kami dapat, kereta yang dia bawak terbakar dan tak dapat dikawal... along aku suh semua anak dan isteri dia melompat keluar coz kereta berpusing tak terkawal...
bangkai kereta menunjukkan kejadian tu memang series...
   aku dapat pangilan kecemasan dari saudara mara aku dalam pukul 7.15am, aku dan anak saudara aku yang ada kat kl terus bergegas ke hospital ayer keruh, melaka yang mana dia orang di tempatkan....
sampai jer kat sana, suasana sedih menyelubungi perkarangan hospital... kita orang dapat berita yang mana along aku dalam keadaan kritikal dan di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU) bersama anak dia yang ke-3.
anak yang pertama dan ke-4 mengalami cedera ringan tapi ada sedikit trauma....
   yang memilukan kami semua adalah bila dikhabarkan bahawa ibu dia disah kan meningal dunia...
dan lagi terasa kehilangan bila selepas setengah jam anak ke-3 dia orang disahkan meninggal dunia..
aku yang menyaksikan sendiri keadaan diaorang semua memang menakutkan + menyedihkan + takut WOW..
   kat semua termasuk aku, amikkan ini sebagai satu tauladan hidup supaya kejadian seperti keluarga aku ini tidak terjadi kepada kita semua.........
akhir sekali, marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada yang telah pergi..... semoga allah tempatkan mereka di tempat kedudukan yang tertinggi disana.... amin....

Thursday, May 24, 2012

penattt + bosannnn

  hari-hari yang memenatkan.. macam biasalah semua orang pon kerja kan, so semua dapat rasa apa yang aku rasa now...
  tapi kalau rasa penat saja kerana berkerja tak apa lah sangat kot, coz masing-masing pon paham.. tapi kalau penat ditambahkan lagi dengan stress tpt keje plus lagi dengan perangai manusia sekeliling... adoi alamak, rasa macam panas satu badan walaupon cameron highlands ni sejuk, tekanan darah aku pon tak tentu hala membuak-buak.....
  ni lah aku malas sikit nak follow n jadi fan keje dalam bidang travel & tours... macam-macam manusia kene aku jumpa n bercakap.... nak ikutkan memang lah malas.. coz this not my world kot yerrr....
tapi tak per sabar jer lah sikit, mungkin terjumpa ngan datuk datin mana-mana nak tawarkan aku jadi anak ikan dia satu hari nanti, dok goyang kaki jer lah kat umah..
hahahahahaaaaa.....
  keje yang menunggu ni bukan lah kerja aku.. dan aku rasa tak seorang kat dunia ni pon x sanggup menunggu kot.... so keje dalam bidang aku skarang ni memang lah membosankan yang membuatkan aku banyak berfikir sana sini.... so sapa-sapa yang bercita-cita untuk berkerja dalam bidang aku ni fikir-fikirkan lah yerrr.... p amik class menunggu dalam 1 minggu jer... than kalau tahan...
amik borang n isi.....
good luck.... ".)

Monday, April 9, 2012

x sempat rest puas-puat masa cuti... hurm keje balik... keje,keje,kejeeee


     huh letih nye rasa badan ni, penat sangat-sangat.. kalau boleh aku macam nak cabut satu-satu tulang aku susun kat tilam ni bagi dia fully rest hahaha... 3 hari cuti penuh ngan aktiviti-aktiviti yang x berfeadah n buang masa kat bilik hotel jer...
     plan cuti 3 hari, balik kl nak penuhkan masa ngan aktiviti supaya x terbuang.. but lain plak jadinya... hurm.. tu lah orang kata, nak buat sesuat mesti ada perancangan, tapi kalau terlampau d'tail buat plan, jadinya macam nilah... x der aktiviti yang menarik pon aku buat.. benda-benda biasa jer ada lahh....
and.... tadi petang bos aku amik aku, ingatkan truslah naik ke cameron highlands, manakala dia nak menyinggah ke jerantut, pahang plak, jumpa staff branch taman negara.. esok petang baru balik cameron highland...
     alamak!!!!!!! aku ni dah lah paling lemah kalau konsep-konsep menyingah sana sini.... kalau dekat x per, ni dr kl sampai jerantut dkat 3 jam lebih coz hujan plak kat hiway karak tadi... letihh...
esok dari sini nak naik cameron highlands berapa plak jam lah aku kene tempuh... dah lah nak naik cameron berbelok-belok  jalannya.. ditambahkan lagi kalau bos aku lalu jalan lama, sempit gila jalan dia... silap-silap muntah lah aku kalau x tahan nanti...
     em ok lah... nak buat cam ner, nama pon keje travel & tour, so terimalah seadanya....
now aku kene tdo awal.. tapi tak der lah awal sangat pon, now da kol 1.32am, so aku kene tdo, coz kene bangun awal jap g, kalau tak, mati aku, kene dok taman negara lah sampai ke tua...
huhhhq....

:P

Tuesday, March 13, 2012

CAMERON HIGHLAND

 View ladang teh
keindahan kebun teh yang kita jarang sekali temui...
 kita juga boleh memetik sendiri dan  melihat cara pemprosesan 'BOH' di cameron highland
 MOSSY FOREST

hutan ini sering disamakan oleh penduduk tempatan seperti cerita mistik harry potter dan lord of the rings.... dan tempat ini juga dikatakan tempat akhir rehat untuk roh kematian....

in this part of world, di pergunungan ini juga adalah tempat penghormatan yang masih lagi jadi tanda tanya kepada kita.... kalau kita datang ke cameron highland, rugilah kalau tak singgah kat hutan-hutan yang hanya terdapat di gunung berincang (6,666ft) yang mana keindahan dunia terserlah..

Sunday, March 11, 2012

berhijrah ke cameron highland


   now aku ngah siap-siap nak gerak p dunia baru.....

aku nak p cameron highland for new work.....
 sebenarnya berat lah hati gak nak p sana, but bila lah lagi aku nak mula melangkah ke dunia baru untuk ubah haluan dan cara hidup aku......
     tapi aku tak tahi lah, berapa lama aku boleh bertahan keje kat sana.. coz sana tak ada apa-apa, tapi untuk lari jauh dari masalah dunia, boleh kot p sana.. tapi itu bukan bermaksud aku nak lari dari masalah kl yang penuh dengan pelbagai ragam, cuma aku nak cuba hidup baru .. mana tau dok sana, aku boleh jadi datuk bandar plak kat sana... hahahhaha who know??? 
kann.....
ok lah aku nak gerak pon p sana, so later aku update lagi ok...
doakan perjalanan aku selamat sampai guys....

Wednesday, March 7, 2012

budak yang poyo... :P



tanpa dendam dihati


PINDAH RUMAH DAN SIKAP POLIS YANG SALAH GUNA KUASA

     memang penat sangat-sangat pindah rumah.. nasib baiklah ada my ex housemate, frnz n jiran rapat ada tolong aku.. kalau tak lah, aku tak tau lah aku nak mintak tolong kat sapa entah....
aku bukan minat sangat pindah randah ni, tapi sebab kan aku nak p merantau jauh berkerja di cameron highland, tu yang aku pindah.. kalau x, tak der lah kuasa kot aku nak hayak semua barang kehilu hilir.. tu pon banyak lagi barang aku tingalkan.....
     malas lah nak bawak, aku bawak barang yang perlu jer... lagipon naik kereta jer, nasib baik pakai 2 kete.. kalau 1 jer, aku tak tau lah berapa puluh trip jap g nak kene angkat....
after that badan adoi alamak!!!!! sakit segalanya....


OWH CHOP!!!
ada lagi satu story, time kitaorang ngah angkat2 barang, manakala datang plak dua eko polis yang adak biadap lah, aku kat atas umah masa tu ngah nak bawak trun barang, and my frnz tgu kat kete coz da x larat kot turun naik tangga....
tiba-tiba polis tu datang kat dia n banyak tanya (mengikut cerita my frnz)..
polis tu datang n tanya buat apa????
frnz : tolong kawan pindah...
polis : kenapa malam-malam? orang komplen!!
frnz : siang kerja, so x dapat lah tlg, so after balik keje ni baru boleh...
polis : keluarkan apa yang ada kat dalam kocek seluar
frnz : dia keluarkan semua, than x der apa2 pon..
        (tiba-tiba polis tu amik wallet my frnz n keluarkan satu-satu)
        (check tpon member aku, sms segalanya)
after that ma frnz bertanya balik kenapa baca sms orang and tak tau pulak polis boleh buat mcm tu sesuka hati....

POLIS TAK BERHAK SELONGKAR WALLET ORANG MELAINKAN KITA SENDIRI YANG KELUARKAN SEMUANYA... 
POLIS GAK TAK BERHAK BACA APA YANG ADA KAT DALAM FON KITA MELAINKAN DIA ADA WAREN AND KITA ADALAH PENJENAYAH YANG DIKEHENDAKI!!!!


Kuasa bukan digunakan sesuka hati...
aku kalau jadi PM, Askar yang aku suruh gantikan tempat polis... sebab askar banyak yang berdisplin..
polis sekarang banyak yang da pijak kepala....


BTW THANKS GUYZ COZ  DA SANGGUP TOLONG AKU PINDAH BARANG OK....
AKU HARAP TUHAN KREDIT KAN LEBIH SIKIT PAHALA KAT KORANG..
AMIN......


      hidup memang banyak dugaan... makin kita lari daripadanya, makin dekat pulak dia menghampiri kita....
tapi bila kita mengharapkannya, entah kemana dia menghilang... itulah salah satu permainan hidup yang kita kene lalui didalam perjalan hidup sebagai seorang yang bergelar manusia.....
hadapilah segalanya kerana ia telah pun tertulis apa yang akan berlaku kelak....
kita manusia biasa yang hanya mampu mengharap dan tak pernah lari dari  kesilapan didunia....

     kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa kita diberi pelbagai dugaan hidup yang kadang kala boleh membuat kita mati akal menemui jalan mati untuk keluar sedangkan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya... tapi itu semua bergantung pada waktu yang menentukannya dan cara kita berfikir untuk mengatasinya....

     memang mudah bila kita berkata, semuanya boleh jadi..... tapi laluan perjalanan hidup tak semudah kata-kata, ia memerlukan kekuatan mental dan juga fizikal yang kuat... jika kita lemah, hanyutlah dilambung ombak dan badai....

     orang mampu menilai kita baik dan buruk, memberi pelbagai kritikan terhadap kita, tapi mereka tak kan dapat merasakan perjalan hidup kita setiap langkah.... setiap manusia ada perjalanan hidup masing-masing... jadi apa yang kita perolehi di dalam hidup kita, berkongsilah pengalaman itu, tapi bukanlah menjatuhkan dan memberi kritikan mahupun tekanan....

RAPUH - OPICK


Lagu banyak makna yang tersurat dan tersirat......
maknanya juga boleh dikaitkan dengan perasaan kita kepada yang ilahi dan orang yang kita sayang...
manusia mana tak ada buat kesilapan, kerana kita bukan lah malaikat...
walaupun kita sering melakukan kesilapan dan kadang kala teralpa, tapi di hati, tetap mencintai dirinya....

Monday, March 5, 2012

apabila anda terus berfikir ..



Dalam kehidupan ada kalanya kita menangguhkan banyak perkara...
kita terus berfikir satu hari nanti....
kita akan dapat melakukannya ....
tetapi sebahagiannya tidak pernah datang. ..

Pada suatu masa, kita sedar bahawasanya....
 apa lagi kita tunggu...

 jika kita ingin membeli, kemudian membelinya....
kalau mahu lakukan, kita terus melakukannya......

 Kadang-kadang, kita telah merancang kehidupan kita dengan begitu baik....
 seharusnya menjadi seperti ini, seperti itu, seperti ini lagi.....

tetapi perkara-perkara tersebut berubah......
diantaranya perubahan persekitaran, perubahan masa, perubahan laluan dan sebagainya..

AKU TETAPLAH AKU


apapun tanggapan mereka..

aku tetap aku
aku mahu menjadi aku
aku mahu percaya diriku
andai tiada siapa mahu setuju denganku
biar saja Allah menentu

aku tahu siapa aku
dan aku tahu kenapa aku begitu
keranaa itu
aku perlukan ruang buat diriku
aku butuhkan pertolongan Tuhanku
menunjukkan jalan-Nya padaku

saatnya yang kumahu
buktikan pada mereka
aku tak perlukan pakaian yang hina
kerana aku sudah cukup mulia
dengan pakaian dari syurga

tidak perlu kau bersungguh
cuba menggugah pendirianku
kerna tidak mahu aku berganjak
dari terus menjadi diriku

inilah aku!
terimalah aku seadanya
hormati aku apa adanya
dan kasihi aku kerana-Nya

jangan kau biar maruah aku tercemar hina
lantaran dunia yang meleka
jangan kau biar aku menjadi alat mereka
diperalat sebagai bahan hukuman jaja
untuk dikata dusta nan hina
aku bukan permainan mereka
yang kau bisa katakan apa saja
yang kau bisa melempar segala kata

aku dan diriku
berdirinya aku
hanyalah kerana Tuhanku

jangan kau cela aku pada wajah rahsia
jangan kau cela aku pada nama
kerana kau tak pernah kenal diriku siapa
kerana kau tidak pernah kenal hidup diriku untuk apa

takkan ku biar segala
ruang fitnah berleluasa
selagi kudrat ada dari Yang Esa
walau dunia sudah tiba penghujung cerita

dikala aku mahu menjaga
dengan penuh waspada
biarlah aku dengan langkahku
jangan kau pasung mati langkahku ini

kelak engkaukah
yang akan disoal di hari kemudian?
jawab pertanyaanku!
kelak adakah engkau
yang akan menanggung segala tindak tandukku?
Tidak!
Bahkan tidak sekali-kali!

kelak aku
yang bakal dihukum atas segala tingkah laku
engkau tak mungkin
menanggung apa yang aku perlaku
dan aku tak mungkin menanggung dosa pahalamu

oleh itu
biarlah aku dengan langkahku
biarkan aku dengan pendirianku
biarkan aku membentang langkahku
biarkan aku melebarkan sayapku
biarkan aku mencipta bahagiaku
biarkan aku menanggung deritaku
biarkan aku berjuang dengan hidupku
biarkan aku untuk tersenyum puas di penghujung cerita hidupku
biarkan aku puas hanya mencari dan mendamba redha Tuhanku
Biarkan aku menggapai awan cinta di langit syurga

biarlah..
biar dunia ini menyaksikan
kerana dunia ini sudah dicipta sedemikian
menjadi saksi ke atas  diriku
dan aku menjadi saksi ke atas mereka
atau segala apa yang diperbuat di muka bumi ini
dan Dia Maha Menyaksikan segala sesuatu
apa yang zahir dan luput dari hati

OF PERCEPTION


""Sometimes, what you see isn't actually what it really is. Always stay true to yourself, if you want to people to see the good in you, you should be good, be kind, and not because you want others to see it. It's just who you should be" - Aunty Hani's blog

Saturday, January 21, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

penyayi izuan pilus, 33 tahun menghembuskan nafaz terakhirnya pada pukul 6.15 petang semalam (20/01/2012) di hispital ampang.... maklumat tersebut disahkan oleh adiknya aril (bintang akademi fantasia) menerusi twitter Aznil Hj Nawawi jam 6 petang semalam. allahyarham dikatakan meningal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman didalam darah (sepsis) yang serius.... al Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat. .

Monday, January 16, 2012

proses berpindah randah

 saat yang memenatkan adalah berpindah randah... adoi... tulang macam nak tercabut satu2 dibuatnya.... mana tak nya, menimbun barang nak diangkat.... pulak tu aku ni jenis suka buat keje last minit... HAH.... amik kau... merasa lah kelam kabut dibuatnya.... dunia ni kalau boleh da telungkup da aku buat coz terlampau kelam kabutt....  dan banyak barang2 terpksa ditingalkan dan bagi jiran2 rumah coz rumah baru ni x perlukan barang yang banyak.... penat wowwww!!!!






.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages