Encik East | Create your badge
Instagram

Saturday, December 31, 2011

bye bye 2011 & welcome 2012

tahun 2011 banyak meningalkan sejarah dalam hidup kita... kenangan manis dan pahit, pertemuan dan juga perpisahan.... semuanya telah dilasai.. 
azam dan impian masih lagi tak tercapai... tapi x per, 2012 bukanlah tahun untuk mencipta azam baru, tapi kotakan apa yang masih tak terlaksana pada 2011......
2012 datang tak terasa, tapi itulah yang kita harus terima, yang mana, satu alaf baru lagi menjelma dan mungkin memberi sejuta cahaya dan harapan yang bermakna... mengharapkan 2012 adalah tahun yang membawa kita semua kepada kejayaan didunia mahupun diakhirat...

Saturday, December 3, 2011

bye bye samsung galaxy tab.

huhuhu... baru-baru ni, 30/11/2011  my samsung galaxy tab aku sudah terbang melayang mencari tuan baru... rindu siot,tapi nak wat cam ner, x der rezeki nak pakai lama kot...
lagi pon dia x luv kat aku kot, tu yg p cari tuan baru... hurmm.....
sayang gak lah, tapi aku x kisah sangat, benda-benda macam ni boleh jer kot dapat balik, cuma aku sikit mula sayang dan cinta lah kat dia.. hahaha....
kene cari yang lagi bergaya lah kot lepas ni..... gud bye my ??????????   :)

sebagai tatapan tok elak blog aku beranai-anai..

     lama x lama gak lah aku x belai manja blog aku ni, x der masa nak setia sangat wat masa ni, so terpaksalah blog aku ni dimadukan dengam comit yang lain..
tapi bagi x clash terus aku ngan blog aku ni, aku update lah sikit2 yerk...
luv u..... :) 
muaxx...

Friday, November 25, 2011

hantuuu pokerrrr!!!!!

alamak matilah aku!!!!! demam main poker pulak kat laptop ni... adoiii....
sudah satu apa pon x jadi melayan kan puaka ni jerrr!!! hantu siottt!!!! yang buatkan melayan jer main benda alah ni sebabnya kalau kalah, x puas hati, time tu lah p mintak sapa2 yang sudi share chip coz nak balas dendam keadahnya....
walaupon n of the story, kalah gigit jari gak....
tapi x per, yang penting x gila judi dah...... amit-amitttt......
mintak-mintak jauhkan lah..... game ni x per, ok lagi, walaupon sama jer,cuma beza x kuar duit pon kakaka...
byeeee.....

Friday, October 21, 2011

Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4

fakta hari ini..

     Tak semua yang kita inginkan itu kita dapat, dan x semua yang kita dapat itu adalah yang kita mahukan.

     Kita sentiasa berharap di dalam dunia ini, pelbagai harapan kita letakkan agar apa yang diharap menjadi kenyataan. Tak salah untuk kita berharap tapi jangan sampai mengharap pada sesuatu yang belum tentu menjanjikan kepastian..

     Jatuh sekali bukan bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya, tapi jatuh dan cuba untuk bangun semula adalah jalan untuk kita berdiri teguh walaupon terpaksa mengambil masa yang agak lama. Bergantung jugak pada apa yang kita kejarkan. Jika ia sesuatu yang mendatangkan kebaikan, teruskan langkah dan jika ia sekdar memenuhi keperluan hari ini dan bukan untuk akan datang, pertimbangkan dan fikirlah dengan kebijaksanaan kita.

    Hidup ini adalah realiti, jangan kerana sedikit kekurangan dan kegagalan dalam hidup kita, kemusnahan selamanya yang kita harungi dan mengambil jalan yang mudah untuk lari dari kenyataan akan memudaratkan kita pada masa kelak.

Monday, September 5, 2011

selsema la pulaakk...

adoi ni la benda-benda yang aku x berapa minat, tiba2 kene selsema pulak...
ni mesti kes kene ujan sabtu lepas kat kampong aku... disebabkan terlalu bz time tu coz anak sedara aku bertunang skali, so aku x sempat nak mandi cepat2...
sampailah malam menjelma, baru lah aku terkial-kial nak mandi...
nak salahkan org lain x boleh gak, sendiri gak salah, terima jer lah padah...
hurmmmmm

Saturday, August 20, 2011

misteri hidup

memang hidup ni pelik dan banyak misteri dia. pelbagai kejutan dan rahsia yang menjadikan kita supaya sentiasa bersedia dalam mendaki setiap saat yang akan tiba.
apa yang akan berlaku kejap lagi x ada siapa yang tahu, malahan pada zaman sekarang yg serba serbi cukup, kita sentiasa berlari untuk mengejar pelbagai matlamat untuk terus hidup dalam keselesaan.
ntah lah,
apa yang akan jadi kat kita nanti x ada sapa yang dapat meramal. apa yang mampu hanya bermain dengan teka teki················

Monday, August 1, 2011

'The Zon' in JB was a wondrous clubbing zone to behold

sabtu lepas, aku & anak sedara aku p jenguk2 kat "The Zon" club... last day for party, coz esoknya dah nak sambut puasa pulak.. seriously aku memang suka tempat 2... terbaik & cool....

kat club 2, anak sdara aku ada lah kenalkan ngan kaum2 dia, but 1st masuk, aku ada sikit x selesa lah, tapi lepas 2, da conftble dgn music n people kat dalam 2, mula lah kaki, tangan, kepala semua gerak sendiri....

siap diaorang ajar menari ala-ala dayung sampan pon ada, but still cool...
sampoiiii jerrr..... johor best...

Monday, June 20, 2011

melangkah... setiap langkah yang penuh makna dan cabaran

"TERUS MELANGKAH" itulah yang perlu diterapkan dalam diri kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar dari hari-kehari.... walau apapun yang terjadi, perjuangan hidup harus diteruskan demi merialisasikan 1001 impian dan harapan...

sekiranya kita tewas, rugilah kita.. tetapi jika kita terus kuat bertahan, insyaallah kejayaan akan tiba di celahari rekahan laluan yang dilalui...

melihat pelbagai jenis kawan dan lawan, kita harus percaya disebalik kegembiraan yang dirasai, pasti ada kesedihan dan kemurungan disebalik kemurungan itu.... oleh itu, teruskan melangkah kehadapan dan teruskanlah bertawakal, disebalik usaha yang telah dilakukan... semua orang boleh lakukan untuk mencapai kejayaan dengan sedikit kesungguhan dan kecekalan menempuhi segala kesulitan...

Monday, April 11, 2011

weilaweiii~~ bersarang sudah blog aku


nak tau per cerita aku x update2 blog ni??? a
gak berkurun gaks la aku x merapu2 kat blogzzs aku ni kakaka..
orang kata bila da sebut berkurun, mesti berkenaan dengan orang dah tua ni kan, hah nak di jadikan cerita, mayb pembawakan usai aku kot, aku lupa plax email n pasword aku tetiba jer... slalu ok jer...

hurm ni memang x leh jadi, banyak makan apo lah sampai semua nya selalu lupa, nasib lah aku masih ada benda yang melekat x leh cabut x ilang kaka, kalau leh cabut lah kan, rasanya da lama da kes2 mencurigakan dan aku x punya apa2 da skunk hahaha....

now aku da amik langkah2 keselamatan dari takut terlupa lagi, aku copy kat sumer tempat2 rahsia aku, tapi if itu pon aku masih nyayok lagi... YESS!! aku yakin...
pembawakan usia tua semakin hampir lkkakakakaa...

10K DALAM PERSAHABATAN..

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada perbezaan antara dua pihak, maka, dapatlah kita mengenali hati budi masing2 dan mampu memperbaiki kelemahan dalam diri dan berkongsi segala kekurangan dan kelebihan bersama..... barulah keserasian dapat dibina dalam konteks yang harmoni dan selaras...

why me like this???

owch... KENAPA aku macam ni??? jangan lah sesekali korang pertanyakan dan persoalkan... coz semuanya x ada sebab.. segalanya da tertulis di tangan takdir....
BUT I HOPE!! jangan nak pandang sebelah mata or keji dengan apa yang dah di ciptakan oleh maha pencipta.... tak ada siapa mintak menjadi manusia yang penuh dengan kekurangan.. dan kepada siapa yang banyak kelebihan, jangan pulak bermegah-megahan, coz segalanya ada hikmah dan hidayahnya...
kalau korang ada hati dan perasaan, aku pon ada hati dan perasaan walaupun darjat dan haluan perjalanan dunia yang berbeza...
walaupon aku tidak dapat mendaki tinggi ke langgit, tapi liku perjalananya aku telah lalui.. sedangkan korang banyak yang x merasa akan liku , onak ranjaunya...
yang korg tau, korang da sampai dengan senang tanpa masalah, walhal bila dipertengahan cerita nanti, kotang tergapai2 kelemasan macam tiada lagi harapan untuk terus hidup kerana korang x merasa likunya sebelum ke langit....
so fikirlah maksud ayat2 ni, dalami dan fahami ...
biar dia dapat jadi buku panduan dalam perjalanan hidup kita nanti...
x rugi kot...

Friday, January 21, 2011

harapan

aku, ingin memutarkan waktu, agar dapat berlalu dan memulakan yang baru....
aku sering terbelenggu didalam kepuraan yang aku luahkan, tulusnya yang palsu...
masih lagi jalan yang curam, terjatuh dan bangun hanya aku seorang yang rasakannya..

kepada tuhan juga aku serahkan segala jawapan, kerana dialah yang berikan aku harapan dan kekuatan untuk terus berpaut....
keindahannya memberikan aku satu sinar untuk teruskan harapan yang aku ilusikan..

dapatkah kau ku temu, didalam lautan shadu, sujud ku bertemu....
bila di akhir garisan nanti...

Thursday, January 6, 2011

kawan sentiasa menjadi orang yang terbaik buat aku walaupun dia adalah seorang manusia yang begitu kejam kepada aku..


dalam hidup kita, hampir seluruh hidup kita ditemani oleh kawan atau sahabat... dan mungkin ada teman yang sentiasa berada di sisi kita di saat nafaz terakhir kita

aku suka berkawan sebab dia dapat temani aku di saat-saat bosan... saat aku memerlukan pandangan dan pendapat.. saat aku suka dan duka mahupun ingin berkongsi perasaan yang terpendam kat dalam hati...
kawan juga mampu membuat aku bergaduh, merasa perasaan benci, iri hati dan sebagainya.. kat situlah aku dapat belajar untuk mengenal diri seseorang yang bernama kawan atau teman....
kawan juga mampu membuatkan kita mengalirkan air mata... kerana kawanlah yang sentiasa bersama kita hampir 24 jam... kawan juga mengajar kita erti sabar dan tersenyum bila dapat dikongsi perasaan gembira bersama teman lain...
walaupon kawan itu telah berlaku kejam seperti melukakan dan menyakitkan diri kita, namun aku sentiasa menghargai teman yang pernah aku kenal.. kerana aku pernah tersenyum gembira, dan menangis bersama... saat suka duka pernah aku kongsi bersamanya...
walaupun dia sudah melupakan segala memori bersama, namun bagi aku, dialah yang terbaik dan mengajar aku erti kehidupan, pengalaman yang berharga ketika bersama teman...

memori dan kenangan bersamamu..

adakah engkau adalah satu mimpi didalam hidup ku....

kerana aku sering teringat akan masa dahulu, kenangan silam kita bersama..

senyuman mu bila kita bertemu dan berpegangan tanggan ketika itu...

aku masih mengingati setiap detik memori kita bersama..

aku sentiasa berdoa, semoga tuhan akan memberi aku 1 lagi peluang untuk aku melihat senyuman yang masih segar lagi di kotak minda ku dan memori hidup ku....

kerana engkaulah yang membuatkan impian ku menjadi kenyataan...

hadirnya bayangan dirimu telah membuat aku berhenti untuk berfikir tenteng dunia..

aku sedari, setiap kali aku merindu dirimu, pasti aku akan temui jawapan kekecewaan yang menghentap seluruh jiwa dan perasaan aku ini...

aku telah cuba dan berusaha untuk melupakan dirimu di setiap sudut hidupku.... namun ianya hanyalah sia-sia berlaka...

tat kala aku ingin tersenyum, bayangan mu akan membuat aku menangis...
terlalu kuat dan hebatnya dirimu didalam hidupku sehinggakan aku tak mampu untuk melupakan dirimu walaupun bayangan mu...

namun aku harus berdiri di bumi yang nyata....

walau apa yang terjadi, aku tak pernah untuk sekali-kali berasa nyesal untuk terus mencintaimu....

Monday, January 3, 2011

gambar-gambar masa slbr8 cowndown menjelang 2011






jalan raya di sekitar kuala lumpur yang sesak menyambut cowndown..
muka-muka manusia yang tak lepaskan peluang berparti sambut new year... walaupun tiap-tiap minggu ada kot hahaha
party at club in kl..... tepat jam 12, semua memulakan azam baru..

happy new year 2011

selamat tahun baru kat semua, semoga tahun baru ni penuh dengan kecerian dan dipermudahkan jalan hidup...
pejam celik-pejam celik, da tahun 2011 kan, macam x sangka.. umur aku apatah lagi da meningkat.. makin takut pulak rasa ni... yer r makin tua kot huhuhu.....
malam slbr8 new yer aku slbr8 kat salah sebuah club di area kl ar, cowndown kat club 2 jer.. tapi b4 kol 2 am da kuar dah.. coz member mabuk kot... so just stay kat dalam kete jer r sementara tgu member lagi 2 orang kuar dari club..
dalam masa kat dalam kete 2, macam2 benda lucu berlaku, mana x nyer, time nak jalan masuk kete jer, ada lah satu kumpulan pompuan bertudung ni nak bagi ceramah apa tah kot... aku pon just buat bodo jer n say "no thanks"..
dorg terus pandang-pandang & berbisik2... adoii hai mesti cakap bukan-bukan tu.. tapi x kene tempat kot, yer rrr, da tau nampak aku berpakaian lain macam, n baru kuar club depan dorg jer kot, tiba-tiba nak bagi ceramah... adoi.. salah tyme kot....
boleh jer nak bagi ceramah panjang lebar, aku sudi jer mendengar, but x sesuai kot kat situ....
n after that, da masuk kete plak macam2 pekara lawak yang berlaku hahahahah... aku nak citer pon malas, coz terlalu banyak kot hahahahaha... n after member kita orang sampai, terus gerak p lepak minum n balik ke rumah member aku... baring punya baring, aku tertidooo.. kol 11 lebay pagi baru tersedar, mengelabah aku kejut kawan aku suh anta balik umah coz atok n sedara aku datang dari johor kot... mesti dorang da bangun.. lagi pulak nampak aku pakai over2..
sampai umah aku pakai sun glass lagi, cover muka yg da macam hantu... masuk jer, sedara aku sound, "baru balik wat show ker????" lambat baliik....
adoooiiiii.. aku dengan selambanya senyum n masuk bilik salin baju n makan coz da kebulo kot hahahaha....
tapi 4 me, x puat slbr8 new year taun ni, sekejap sangat huhuuhu....
but fun r... :p
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages