Encik East | Create your badge
Instagram

Thursday, January 6, 2011

kawan sentiasa menjadi orang yang terbaik buat aku walaupun dia adalah seorang manusia yang begitu kejam kepada aku..


dalam hidup kita, hampir seluruh hidup kita ditemani oleh kawan atau sahabat... dan mungkin ada teman yang sentiasa berada di sisi kita di saat nafaz terakhir kita

aku suka berkawan sebab dia dapat temani aku di saat-saat bosan... saat aku memerlukan pandangan dan pendapat.. saat aku suka dan duka mahupun ingin berkongsi perasaan yang terpendam kat dalam hati...
kawan juga mampu membuat aku bergaduh, merasa perasaan benci, iri hati dan sebagainya.. kat situlah aku dapat belajar untuk mengenal diri seseorang yang bernama kawan atau teman....
kawan juga mampu membuatkan kita mengalirkan air mata... kerana kawanlah yang sentiasa bersama kita hampir 24 jam... kawan juga mengajar kita erti sabar dan tersenyum bila dapat dikongsi perasaan gembira bersama teman lain...
walaupon kawan itu telah berlaku kejam seperti melukakan dan menyakitkan diri kita, namun aku sentiasa menghargai teman yang pernah aku kenal.. kerana aku pernah tersenyum gembira, dan menangis bersama... saat suka duka pernah aku kongsi bersamanya...
walaupun dia sudah melupakan segala memori bersama, namun bagi aku, dialah yang terbaik dan mengajar aku erti kehidupan, pengalaman yang berharga ketika bersama teman...

No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages