Encik East | Create your badge
Instagram

Monday, May 24, 2010

Masih ada yang prihatin~

Dalam hidup ini, kita harus sedar bahawa kita adalah manusia biasa yang tak punya apa-apa~ lemah dan mudah jatuh jika kita tiada kekuatan fizikal dan mental...

Jadi sebagai manusia dan hamba allah, kita ditugaskan menjalankan amanah yang diberikan oleh yang maha berkuasa... Ingat lah dan sentiasa bersyukur adalah tiang untuk kita tidak sesat dan menjadi buku panduan di sana nanti...

Dalam dunia yang sedia moden ini, kita dapat lihat, ramai golongan remaja yang hanyut dalam buaian keseronokan dunia, dan lupa akan adanya tangung jawab mahupun tugasan yang perlu dilaksanakan...

Walau bagaimana pun, masih ada lagi remaja yang prihatin terhadap kebajikan dunia, aku amat teruja bila melihat remaja yang seusia dengan ku amat prihatin dalam sesetengah kebajikan, contohnya, menyayangi kanak-kanak, bantu membantu, menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya tanpa meminta balasan...

Golongan seperti mereka lah yang mampu memberi sinar kepada segala kegelapan dan membentuk kembali apa yang diberikan tunjuk ajar turun temurun yang kian musnah dan hancur...

Apa yang aku lihat dan dengar, akan aku cuba fahami, mengerti dan akan aku menjadikan panduan untuk aku mengatur langkah terus ke hadapan supaya dunia dapat membentuk dan miliki warga yang harmoni, bertimbang rasa, hormat menghormati mahupun kasih mengasihi sesama manusia tidak kira pangkat, darjat, dan sebagainya...
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages