Encik East | Create your badge
Instagram

Saturday, July 11, 2009


Musik..
Terlalu sukar kadang kala untuk kita terjemahkan perkara ini..pada orang biasa, musik ialah sekadar untuk hiburan..tapi pada aku..musik lebih daripada itu.Musik pada aku merupakan satu medium yang boleh aku gunakan untuk menyampaikan apa yang aku rasa kerana tidak semua perkara aku boleh ungkapkan dengan kata-kata..dengan musik, aku boleh sampaikan apa sahaja yang aku inginkan…

muzik yang indah adalah mizik yang memberikan kita seribu makna dalam hidup kita.. muzik juga bukan sekadar untuk didengar saja, malah dia mampu mengimbau kembali kenangan kita di masa lalu....

Namun, tidak dapat aku nafikan, kadang-kadang ada lagu yang membuai perasaan di jiwa. Saat gembira. Saat duka. Saat jatuh. Saat bangun. Saat sepi. Saat sendiri. Saat bersama. Saat rajuk. Saat pedih. Saat sakit. Saat cinta. Saat rindu.Kini, lagu rindu selalu saja berkumandang. Rindu yang dekat. Rindu yang jauh.ia juga mampu menitiskan air mata dengan hanya alunan iramanya..begitulah kekuatan muzik
dengan irama alunan dendangannya..... bagi aku, aku lagi suka lagu yang berentak slow, coz aku ni jenis jiwa mat jiwang kot hahaha.... lagi2 yang keras, mcm rock or pop sum time jer aku dengar.... agak pening la sikit kepala ni bila terdengar kat cuping telinga aku ni...muzik juga memain kan peranan dalam kehidupan seharian kita.. ini bermakna muzik adalah benda yang x lekang dari hidup.

Dengan musik juga, aku dapat merasa bagai berada di satu dunia yang lain..dunia yang aku ciptakan sendiri..dan sebenarnya, musik telah merubah diri aku..lagu-lagu yang aku mainkan penuh dengan makna..dan tanpa kita sedari dengan musik sahaja sudah dapat membuatkan kita merembeskan air mata…begitu juga aku..

Aku dan musik..walaupun aku bukan penyanyi,pemusik mahupun pengubah lagu, makna dalam sesebuah lagu itu kadang kala memberi makna mendalam tentang hidupku..bagai menceritakan tentang kisah hidup aku sendiri…kadang kala…musik lebih memahami aku..dari situlah juga aku belajar untuk hidup dan bagaimana untuk menjadi manusia yang penuh dengan makna..

Entah kenapa aku rasakan musik itu penuh dengan makna..mungkin kerana kenangan lama yang aku abadikan bersama lagu-lagu..lagu-lagu itu terus menjadi halwa telinga aku dikala aku rindu..dan sekarang,semakin banyak lagu yang menjadi makna hatiku..kerana musik,kasih aku berpadu..kerana musik,jiwa aku bersatu dalam waktu dan duniaku..

Sesekali alunan itu menggoncang jiwa retakku..memainkan kembali irama yang dahulu pernah bertalu..kadang kala ku biarkan saja ia mengocak jiwa sepiku ini..agar aku tahu kerana rentak itulah aku terus mencari diriku….

I LOVE MUZIK

1 comment:

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages