Encik East | Create your badge
Instagram

Tuesday, March 13, 2012

CAMERON HIGHLAND

 View ladang teh
keindahan kebun teh yang kita jarang sekali temui...
 kita juga boleh memetik sendiri dan  melihat cara pemprosesan 'BOH' di cameron highland
 MOSSY FOREST

hutan ini sering disamakan oleh penduduk tempatan seperti cerita mistik harry potter dan lord of the rings.... dan tempat ini juga dikatakan tempat akhir rehat untuk roh kematian....

in this part of world, di pergunungan ini juga adalah tempat penghormatan yang masih lagi jadi tanda tanya kepada kita.... kalau kita datang ke cameron highland, rugilah kalau tak singgah kat hutan-hutan yang hanya terdapat di gunung berincang (6,666ft) yang mana keindahan dunia terserlah..

Sunday, March 11, 2012

berhijrah ke cameron highland


   now aku ngah siap-siap nak gerak p dunia baru.....

aku nak p cameron highland for new work.....
 sebenarnya berat lah hati gak nak p sana, but bila lah lagi aku nak mula melangkah ke dunia baru untuk ubah haluan dan cara hidup aku......
     tapi aku tak tahi lah, berapa lama aku boleh bertahan keje kat sana.. coz sana tak ada apa-apa, tapi untuk lari jauh dari masalah dunia, boleh kot p sana.. tapi itu bukan bermaksud aku nak lari dari masalah kl yang penuh dengan pelbagai ragam, cuma aku nak cuba hidup baru .. mana tau dok sana, aku boleh jadi datuk bandar plak kat sana... hahahhaha who know??? 
kann.....
ok lah aku nak gerak pon p sana, so later aku update lagi ok...
doakan perjalanan aku selamat sampai guys....

Wednesday, March 7, 2012

budak yang poyo... :P



tanpa dendam dihati


PINDAH RUMAH DAN SIKAP POLIS YANG SALAH GUNA KUASA

     memang penat sangat-sangat pindah rumah.. nasib baiklah ada my ex housemate, frnz n jiran rapat ada tolong aku.. kalau tak lah, aku tak tau lah aku nak mintak tolong kat sapa entah....
aku bukan minat sangat pindah randah ni, tapi sebab kan aku nak p merantau jauh berkerja di cameron highland, tu yang aku pindah.. kalau x, tak der lah kuasa kot aku nak hayak semua barang kehilu hilir.. tu pon banyak lagi barang aku tingalkan.....
     malas lah nak bawak, aku bawak barang yang perlu jer... lagipon naik kereta jer, nasib baik pakai 2 kete.. kalau 1 jer, aku tak tau lah berapa puluh trip jap g nak kene angkat....
after that badan adoi alamak!!!!! sakit segalanya....


OWH CHOP!!!
ada lagi satu story, time kitaorang ngah angkat2 barang, manakala datang plak dua eko polis yang adak biadap lah, aku kat atas umah masa tu ngah nak bawak trun barang, and my frnz tgu kat kete coz da x larat kot turun naik tangga....
tiba-tiba polis tu datang kat dia n banyak tanya (mengikut cerita my frnz)..
polis tu datang n tanya buat apa????
frnz : tolong kawan pindah...
polis : kenapa malam-malam? orang komplen!!
frnz : siang kerja, so x dapat lah tlg, so after balik keje ni baru boleh...
polis : keluarkan apa yang ada kat dalam kocek seluar
frnz : dia keluarkan semua, than x der apa2 pon..
        (tiba-tiba polis tu amik wallet my frnz n keluarkan satu-satu)
        (check tpon member aku, sms segalanya)
after that ma frnz bertanya balik kenapa baca sms orang and tak tau pulak polis boleh buat mcm tu sesuka hati....

POLIS TAK BERHAK SELONGKAR WALLET ORANG MELAINKAN KITA SENDIRI YANG KELUARKAN SEMUANYA... 
POLIS GAK TAK BERHAK BACA APA YANG ADA KAT DALAM FON KITA MELAINKAN DIA ADA WAREN AND KITA ADALAH PENJENAYAH YANG DIKEHENDAKI!!!!


Kuasa bukan digunakan sesuka hati...
aku kalau jadi PM, Askar yang aku suruh gantikan tempat polis... sebab askar banyak yang berdisplin..
polis sekarang banyak yang da pijak kepala....


BTW THANKS GUYZ COZ  DA SANGGUP TOLONG AKU PINDAH BARANG OK....
AKU HARAP TUHAN KREDIT KAN LEBIH SIKIT PAHALA KAT KORANG..
AMIN......


      hidup memang banyak dugaan... makin kita lari daripadanya, makin dekat pulak dia menghampiri kita....
tapi bila kita mengharapkannya, entah kemana dia menghilang... itulah salah satu permainan hidup yang kita kene lalui didalam perjalan hidup sebagai seorang yang bergelar manusia.....
hadapilah segalanya kerana ia telah pun tertulis apa yang akan berlaku kelak....
kita manusia biasa yang hanya mampu mengharap dan tak pernah lari dari  kesilapan didunia....

     kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa kita diberi pelbagai dugaan hidup yang kadang kala boleh membuat kita mati akal menemui jalan mati untuk keluar sedangkan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya... tapi itu semua bergantung pada waktu yang menentukannya dan cara kita berfikir untuk mengatasinya....

     memang mudah bila kita berkata, semuanya boleh jadi..... tapi laluan perjalanan hidup tak semudah kata-kata, ia memerlukan kekuatan mental dan juga fizikal yang kuat... jika kita lemah, hanyutlah dilambung ombak dan badai....

     orang mampu menilai kita baik dan buruk, memberi pelbagai kritikan terhadap kita, tapi mereka tak kan dapat merasakan perjalan hidup kita setiap langkah.... setiap manusia ada perjalanan hidup masing-masing... jadi apa yang kita perolehi di dalam hidup kita, berkongsilah pengalaman itu, tapi bukanlah menjatuhkan dan memberi kritikan mahupun tekanan....

RAPUH - OPICK


Lagu banyak makna yang tersurat dan tersirat......
maknanya juga boleh dikaitkan dengan perasaan kita kepada yang ilahi dan orang yang kita sayang...
manusia mana tak ada buat kesilapan, kerana kita bukan lah malaikat...
walaupun kita sering melakukan kesilapan dan kadang kala teralpa, tapi di hati, tetap mencintai dirinya....

Monday, March 5, 2012

apabila anda terus berfikir ..



Dalam kehidupan ada kalanya kita menangguhkan banyak perkara...
kita terus berfikir satu hari nanti....
kita akan dapat melakukannya ....
tetapi sebahagiannya tidak pernah datang. ..

Pada suatu masa, kita sedar bahawasanya....
 apa lagi kita tunggu...

 jika kita ingin membeli, kemudian membelinya....
kalau mahu lakukan, kita terus melakukannya......

 Kadang-kadang, kita telah merancang kehidupan kita dengan begitu baik....
 seharusnya menjadi seperti ini, seperti itu, seperti ini lagi.....

tetapi perkara-perkara tersebut berubah......
diantaranya perubahan persekitaran, perubahan masa, perubahan laluan dan sebagainya..

AKU TETAPLAH AKU


apapun tanggapan mereka..

aku tetap aku
aku mahu menjadi aku
aku mahu percaya diriku
andai tiada siapa mahu setuju denganku
biar saja Allah menentu

aku tahu siapa aku
dan aku tahu kenapa aku begitu
keranaa itu
aku perlukan ruang buat diriku
aku butuhkan pertolongan Tuhanku
menunjukkan jalan-Nya padaku

saatnya yang kumahu
buktikan pada mereka
aku tak perlukan pakaian yang hina
kerana aku sudah cukup mulia
dengan pakaian dari syurga

tidak perlu kau bersungguh
cuba menggugah pendirianku
kerna tidak mahu aku berganjak
dari terus menjadi diriku

inilah aku!
terimalah aku seadanya
hormati aku apa adanya
dan kasihi aku kerana-Nya

jangan kau biar maruah aku tercemar hina
lantaran dunia yang meleka
jangan kau biar aku menjadi alat mereka
diperalat sebagai bahan hukuman jaja
untuk dikata dusta nan hina
aku bukan permainan mereka
yang kau bisa katakan apa saja
yang kau bisa melempar segala kata

aku dan diriku
berdirinya aku
hanyalah kerana Tuhanku

jangan kau cela aku pada wajah rahsia
jangan kau cela aku pada nama
kerana kau tak pernah kenal diriku siapa
kerana kau tidak pernah kenal hidup diriku untuk apa

takkan ku biar segala
ruang fitnah berleluasa
selagi kudrat ada dari Yang Esa
walau dunia sudah tiba penghujung cerita

dikala aku mahu menjaga
dengan penuh waspada
biarlah aku dengan langkahku
jangan kau pasung mati langkahku ini

kelak engkaukah
yang akan disoal di hari kemudian?
jawab pertanyaanku!
kelak adakah engkau
yang akan menanggung segala tindak tandukku?
Tidak!
Bahkan tidak sekali-kali!

kelak aku
yang bakal dihukum atas segala tingkah laku
engkau tak mungkin
menanggung apa yang aku perlaku
dan aku tak mungkin menanggung dosa pahalamu

oleh itu
biarlah aku dengan langkahku
biarkan aku dengan pendirianku
biarkan aku membentang langkahku
biarkan aku melebarkan sayapku
biarkan aku mencipta bahagiaku
biarkan aku menanggung deritaku
biarkan aku berjuang dengan hidupku
biarkan aku untuk tersenyum puas di penghujung cerita hidupku
biarkan aku puas hanya mencari dan mendamba redha Tuhanku
Biarkan aku menggapai awan cinta di langit syurga

biarlah..
biar dunia ini menyaksikan
kerana dunia ini sudah dicipta sedemikian
menjadi saksi ke atas  diriku
dan aku menjadi saksi ke atas mereka
atau segala apa yang diperbuat di muka bumi ini
dan Dia Maha Menyaksikan segala sesuatu
apa yang zahir dan luput dari hati

OF PERCEPTION


""Sometimes, what you see isn't actually what it really is. Always stay true to yourself, if you want to people to see the good in you, you should be good, be kind, and not because you want others to see it. It's just who you should be" - Aunty Hani's blog

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages