Encik East | Create your badge
Instagram

Saturday, March 30, 2013

perangai manusia..

     hidup ni memang susah kita nak cakap, apatah lagi nak meramal apa yang akan berlaku kejap lagi.... kita sentiasa berteka teki dan bertanya tanya didalam diri sendiri tentang nya... 
    kita semua tahu, apa yang terjadi, akan terjadi, dan sebagainya hanya dia yang satu sahaja yang tahu kerana dia yang mencipta kita, dunia, alam dan segalanya yang ada.. semuanya miliknya... tapi hidup didalam teka-teki perjalanan hidup ni memanglah banyak cabarannya... kita cuma mampu mencuba buat yang terbaik selagi termampu, dan hanya dia yang akan membenarkan apa yang kita lakukan itu berjaya mahupon sebaliknya.....
     hidup didalam dunia ni banyak cabaran yang perlu kita lalui, apatah lagi bila kita hidup di dalam kota yang pesat membangun... tertumpunya manusia seluruh pelusuk untuk mencari sesuatu yang mampu memberi kesenangan dalam hidup... tapi disitulah jugak kita akan bertemu 1001 kerenah dan telatah manusia yang kita sendiri hairan akan kerenah mereka, sehinggakan sampai satu tahap, kita berkata yang wujud jugakkah manusia seperti itu dan ini di dunia ini... tapi itu lah lumrah kehidupan.. kita perlu berani mengharungi segalanya selagi jantung masih berdegup, kaki masih mampu berdiri sehinggalah kita terbaring dan hanya      menunggu detik bertemu dengan pencipta kita....
     sebut tentang ragam manusia, kadang-kadang kita pelik atas sikap seseorang manusia ni... aku berkata-kata bukanlah aku yang sempurna kat dalam dunia ni... tapi apa yang aku lihat dan realiti yang terjadi didepan mata aku sendiri...
     semakin kita mengenali dirinya, semakin lama semakin kita tidak faham tentang diri mereka... sedangkan sewaktu permulaan perkenalan, memang sentiasa memberikan kita kepercayaan sehinggalah kita terlepas pandang... 
      ada pulak sesetengah tu, kita memang membencinya, tapi akhirnya, dialah yang menjadi kawan dan setia dengan kita susah dan senang.... itula manusia.. perlbagai ragam dan perangai...
     kesimpulannya, kita sebagai manusia, haruslah hidup senang menyenangkan, memahami, berkongi dan banyak lagi yang mampu memberi kita banyak kebaikan.. yang penting terimalah dengan terbuka bila kita dikritik dan diberi pendapat.. mana yang baik kita simpan dan jadikan buku panduan masa depan, manakala yang negetif kita abaikan saja....., 
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages