Encik East | Create your badge
Instagram

Monday, November 25, 2013

This words, ada cerita tentang perasaan yang aku lalui sekarang...

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis

          Alasan yang sering kali ku dengar
          Alasan yang sering kali kau ucap
          Kau dengannya seakan ku tak tahu
        Sandiwara apa yang telah kau lakukan   
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

       East  Edward
   Radin Hishamiddin

life is too short to wake up in the morning with regrets...

sekiranya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya Kau telah takdirkan dia adalah milikku,
tercipta untuk diriku,

Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..

Tuhanku Yang Pengasih,
Seiringkanlah langkah kami mengharungi hidup luas ini,
Ketepian yang sejahtera,
Ku mohon apa yang telah Engkau takdirkan,

Ku harap dia adalah terbaik buatku,
Kerana Kau tahu segala isi hatiku..

Dan Tuhanku yang Penyayang,
Seandainya Kau telah takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
luput dari ingatanku,
dan peliharalah daku dari kekecewaan,

Dan Tuhanku yang Maha Mengetahui,
Berilah daku kekuatan bersama senja nan merah,
Agar aku bisa bahagia tanpa dirinya,

Gantikan yang telah hilang, tumbuhkan yang kepatahan,
Biarkan dia bahagia di dunia dan di akhirat,

Biar sekuat mana kasihku kepadanya,
Ku pohon agar dilenyapkan perasaan ini,
Sekiranya dia bukan milikku..

Tetapi..
Sekiranya dia ditakdirkan untukku,
Aku pohon kepadaMu agar takdir memperkuatkan,

Kasihku padanya selagi tidak melebihi kasihku padaMu..

Wednesday, November 6, 2013

Pilihan

     Kadang-kadang kita tepat dalam langkah kita, dan kadang2 kita tersalah langkah dalam hidup kita... Itulah kehidupan...

     Apa kita lakukan, dengan sapa kita bergaul, apa yang kita pilih, semuanya perlulah kita titik beratkan... Tapi selalunya kita terlepas pandang dan silap memilih....

     Yang penting jadikan buku panduan dengan kesilapan kita, supaya kesilapan tidak berulang lagi.. Bak kata pepatah " Jangan Pisang Berbuah 2 kali"

My new update photo

Saturday, October 19, 2013

Ramalan kita selalunya membawa kepada kemudaratan dripada penyelesaian...

     kadang kadang hidup ni memang mengelirukan... Susah bagi kita yang bergelar manusia untuk meramal sesuatu yang bukan kerja kita...kerana apa yang kita ramalkan itu belum tentu pasti,TETAPI  yang pasti itu segalanya berada di tangan tuhan yang 1... Kita sebagai manusia cuma diberi teka teki didalam setiap soalan sahaja...

     biar orang nak menunding jari dengan kesalahan yang x berunsur pasti... bersabar dan cuba memaafkan adalah jalan yang terbaik..                                                                                                                                                                                                                                                                                         
     mungkin ada part2 yamg kota terlepas pandang dengan tingkah laku kita, dan orang yg sering dengan kita mungkin lebih mengerti...
    
     mungkin dengan satu niat kita untuk melihat mereka tertawa gembira akan membuatkan kita terasa nikmatnya walaupun kita tetpaksa melalui pelbagai fasa yang sukar..
                                                                                                                                                                                                                                                                                        dalam terus menginginkan melihat mereka tersenyum gembira, mungkin kita tidak sedar terselit perbualan yang agak mengangu emosi dan perasaan mereka sedangkan kita terleka kerana asyik mengharapkan yang baik2 saja..      
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    dalam hidup ini, hanya 1 aku minta dari ALLAH, beri keredaan dalam kehidupan hambanya, memudahkan setiap langkah2 perjalanan menuju impian yang dibina... dan memberi kekuatan hidup sehingga deria nadi dan hembusan nafas tidak lagi bekerja....                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
yang menjadi harapan utama adalah jangan lepaskan kita semua dari gengaman tangannyawalaupun dosa2 silam terlalu pahit jika dikenang kembali... aminn..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
TASQIRAH INI DIBAWA KHAS OLEH : EN. EAST EDWARD 

Friday, October 11, 2013

fiesta dewa-dewa dan penghapusan dosa amalan bagi kaum cina.. di tanah rata cameron highlands

     fiesta bagi kaum berugama cina yang berlangsung disepanjang jalan di tanah rata, cameron highlan sejak dari padi tadi... pesta ini ibarat memangil dewa-dewa mereka kerana mereka seolah-olah dirasuk oleh makhuk yang tak pasti... 
     yang lebih menakutkan bereka sanggup mencucuk besi yang sangat besar dan tebal dipipi bereka sambil berjalan keliling pekan tanah rata. ada sumber yang mengatakan itu adalah adat mereka untuk menghapuskan dosa dan nazar mereka di hari kelak....
walaupon mengerikan, namun sesuatu benda baru yang kita dapat lihat didalam adat resam mereka..










Thursday, October 10, 2013

Perkahwinan AMIR JAHARI

     Pada 05hb October 2013 telah berlangsungnya perkahwinan salebriti malaysia juga bekas pelajar akademi fantasia yang popular dengan lagu (tanpamu) AMIR JAHARI..
     Majlis pernikahan dan Perkahwin berlangsung di PanView hotel kuching serawak.
     Dengan izin tuhan, hanya sekali lafaz beliau sah menjadi pasangan suami isteri.ramai tetamu, saudara mara terdekat hadir menyerikan majlis persandingan kedua mempelai.. Tidak ketingalan
     kenalan artis juga turut hadir memeriahkan majlis seperti aizat amdan, zoey dan beberapa orang lagi... Pakaian pernikahan dan persandingan  pengantin telah ditaja oleh saudara FAMEE ABDULLAH RADZI ,solekan dan dandanan juga ditaja oleh beliau...
     Diharapkan Amir Jahari dan pasangan dilimpahi rahmat, bahagia sentiasa kekal hingga kehujung hembusan nafas terakhir.. Amin..

Miss you so much mum & dad

Tak ada benda kat dalam dunia ni akan kita lihat sekarang jika tanpa mereka yang membesarkan kita dengan ketabahan... Mereka melahirkan dan membesarkan kita tanpa merunggut akan kepayahan membesarkan kita...
     Mereka berusaha membesarkan kita dengan semampu mungkin agar kita mampu berdiri dikaki sendiri... Dari sejak kita kecil lagi mereka mengharapkan kebahagian kita dan sentiasa tersenyum, itu sudah memadai bagi mereka.. Wang ringgit bukanlah pemasalahanya... Kerana keiklasan dan tangung jawab yang mereka berikan itu adalah atas kasih dan sayang....
     Mereka adalah kekuatan diri kita, kepayahan membesarkan kita itu sangat2 menakjubkan.. Kerana jika kita di tempat mereka, mampukah kita memberi sama dengan apa yang mereka lakukan pada kita...
     Mereka sekolahkan kita, memberikan didikan agama yang semampu mungkin, pakaian, makan minum agar kita mampu jadi insan yang sempurna di dunia yang lebih mencabar lagi... Mereka tidak sedikit pon meminta balasan apa-apa dari kita.. Apa yang mereka mahukan hanyalah kebahagian yang kita miliki kelak dan mampu berdiri dikaki sendiri..
     Membuatkan mereka tersenyum adalah hadiah paling besar bagi mereka...
Tapi setelah kita kenali dunia luar, kita kadang kala terlupa akan mereka yang merindui kita di kampung halaman.. Kita sibuk bekejar2 untuk mencari duit sehingga terlepas pandang, tanpa mereka siapalah kita...
    
     Aku sanggat bangga mempunyai kedua ibu bapa yang sanggat kuat, tabah dan gigih dalam menempuh liku-liku kehidupan.. Keperihan hidup mereka lalui dengan penuh tabah.. Masalah demi masalah mereka cuba selesaikan sendiri...
     Mereka adalah raja dihati aku walaupon aku jauh dari mata mereka, mereka sentiasa disisi aku... Aku tak dapat bayangkan jika mereka memejamkan mata terlebih dahulu, apa akan jadi pada aku... Aku rela pergi dahulu dari melihat mereka hilang didepan mata aku buat selama-lamanya....

Wednesday, October 9, 2013

Cerita tentang trip aku ke kuching serawak pada 3hb-6hb October

     Pernah terjadi sebelum ni, terlepas kapal terbang dari KL - KUCHING.. Tapi itu kisah 5 tahun lepas...
     Pada 3 Ocrober 2013, perjalan ke kuching dari KLIA kami berlepas pada pukul 9.00am, dan aku bersama designer + makeup artis (famee abdullah radzi) dan manager artis (Jo Lee) tiba di KLIA dalam pukul 8.00am..
     Nak dijadikan cerita, flight kami sebenarnya berlepas pada pukul 7.15am. Kesilapan berpunca dari manager yang tersilap pandang waktu perlepasan.. Kami agak sedikit kecewa dengan sikapnya yang swbegitu..
     Tiada pilihan lain, terpaksa booking another ticket to kuching... But the problem is, bukan pasal terpaksa beli new ticket, tapi kami terpaksa menunggu sampai pukul 2.00pm kat situ.. Dah macam budak jalanan terasa...
Pelbagai aktiviti kami lakukan untuk menunggu pukul 2am tiba... Sehinggakan makeup artis tido di sebalik kerusi.. Sanggat menyedihkan...
     Nak ikutkan hati, berpatah balik & tukar plan lain lagi bagus.. Tapi mengenangkan ada tujuan yang perlu kami diselesaikan disana, kami bersabar... Sehinggalah selamat tiba di kuching, kelegaan yang teramat dapat kami rasakan..
     Setelah itu, kami menyewa kereta disana untuk memudahkan aktiviti kami disana.. Kami terus menuju ke apartment kami di JINHOLD SERVICED APARTMENT Jalan song, kuching.. Sanggat selesa dan murah.. Puas hati.. Apa lago merehatkan badan adalah benda pertama kamo buat sebelum menjalankan sebarang aktiviti...
4 hari kami berada disana, keinginan untuk menjelajah bandar kuching dan mengimbau kenangan yang pernah aku lalui 5 tahun lepas tidak lah kesampaian kerana masa yang padat menghadkan program kami...
     Sedikit kekesalan dapat dirasakan kerana segala perancangan untuk membeli belah disana tak tercapai.. Tapi aku pasti datang semula tak lama lagi kerana aku ingin sanggat pergi ke tempat2 yang pernah aku tinggal dulu, berparti, makan, jalan2 dengan kawan2 disana.. Kuching dulu bukan seperti sekarang coz kemajuannya sanggat membuatkan aku teruja untuk datang semula..

Just update

Wednesday, September 25, 2013

Alam wakaka cuba mengunakan jalan lain untuk org lebih mengenali dirinya... Salah satunya seperti ini... Supaya peminat dia yang NON ADO simpati kat dia..





Orang yang lemah & x percaya pada diri sendiri memang cepat terasa.... Pastu jadikan media social sebagai tempat nak cover kelemahan... Kalau komen orang x boleh terima dan ingat orang lain nk menjatuhkan, dok dalam hutan.... Jangan bercampur...
ni artis2 lain pon menyibuk mengutuk segala... apa cer... pastu keluar pulak cerita balasan di akhirat... x masuk tajuk langsung kot yerrr.... org bagi pendapat, dia masuk kan pada hari akhirat nanti... kau rasa!!! aku rasa artis ni ada masalah jiwa kacau ataupon perasan mental... aku x nak citer lebih2 kat sini... yang penting semua sesuatu... hahahahaha
asalammualaikum...

Friday, July 26, 2013

perkahwinan Hilmy Ashley Di bosnia


mungkin nama penyampai berita dan pengacara Hilmy Ashley tidak sepopular personaliti TV yang lain.. tapi seandainya korang semua tengok berita di saluran TV Bernama, wajah hilmy pasti diingatan.....
Hilmy baru sahaja menjadi suami kepada wanita yang berasal dari Bosnia...
hilmy telahpun bernikah dengan wanita bernama Bedrija Isakovic di Bosnia pada 22 April 2013. dan majlis yang diadakan secara serdahana..
selamat pengantin baru kepada teman baik aku Hilmy ashley... kami pernah tinggal serumah sewaktu kuliah di akademi tv3...

Monday, May 20, 2013

R.A.H.M.A.N

Complete dah teori R.A.H.M.A.N yang diperkatakan. Agak-agak huruf apa pula selepas "N" ya? Apapun ianya teori yang sengaja direka-reka dan mengena. Wallahualam

(tahukah anda, dlm al quran surah yg ke 55 adalah surah AR RAHMAN?? Subhanallah)

Sunday, April 28, 2013

Warga Malaysia Menggantung Diri Di Lokap Thailand (kenalan rapat aku)


Seorang lelaki warga Malaysia menggantung dirinya awal pagi semalam hanya lima minit selepas dia dimasukkan ke lokap di balai polis daerah Betong.Menurut sumber polis, Satish Kumar Sungara, 43, menggantung seluar panjangnya di satu daripada besi lokap sebelum mengikat lehernya untuk membunuh diri.


Seorang pegawai polis yang hendak memeriksa keadaannya lima minit selepas dia dimasukkan ke dalam lokap mendapati mangsa sudah meninggal dunia.Sungara ditahan selepas mencetuskan kekacauan dan memusnahkan harta benda ketika cuba untuk pulang ke Malaysia menerusi pusat imigresen di Betong. Teman wanitanya, Jaruwan Puangchaona, 31, memberitahu polis bahawa kekasihnya itu mabuk.

Katanya, Sungara memusnahkan dua pintu kaca pejabat imigresen dengan penumbuknya dan menjerit sebelum dia ditahan pihak berkuasa Thailand kerana mencetuskan kekacauan. Polis mengesyaki dia membunuh diri kerana tertekan akibat ditahan di lokap.-mymetro


Rahsia Tahi Lalat



1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman

51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

Saturday, March 30, 2013

perangai manusia..

     hidup ni memang susah kita nak cakap, apatah lagi nak meramal apa yang akan berlaku kejap lagi.... kita sentiasa berteka teki dan bertanya tanya didalam diri sendiri tentang nya... 
    kita semua tahu, apa yang terjadi, akan terjadi, dan sebagainya hanya dia yang satu sahaja yang tahu kerana dia yang mencipta kita, dunia, alam dan segalanya yang ada.. semuanya miliknya... tapi hidup didalam teka-teki perjalanan hidup ni memanglah banyak cabarannya... kita cuma mampu mencuba buat yang terbaik selagi termampu, dan hanya dia yang akan membenarkan apa yang kita lakukan itu berjaya mahupon sebaliknya.....
     hidup didalam dunia ni banyak cabaran yang perlu kita lalui, apatah lagi bila kita hidup di dalam kota yang pesat membangun... tertumpunya manusia seluruh pelusuk untuk mencari sesuatu yang mampu memberi kesenangan dalam hidup... tapi disitulah jugak kita akan bertemu 1001 kerenah dan telatah manusia yang kita sendiri hairan akan kerenah mereka, sehinggakan sampai satu tahap, kita berkata yang wujud jugakkah manusia seperti itu dan ini di dunia ini... tapi itu lah lumrah kehidupan.. kita perlu berani mengharungi segalanya selagi jantung masih berdegup, kaki masih mampu berdiri sehinggalah kita terbaring dan hanya      menunggu detik bertemu dengan pencipta kita....
     sebut tentang ragam manusia, kadang-kadang kita pelik atas sikap seseorang manusia ni... aku berkata-kata bukanlah aku yang sempurna kat dalam dunia ni... tapi apa yang aku lihat dan realiti yang terjadi didepan mata aku sendiri...
     semakin kita mengenali dirinya, semakin lama semakin kita tidak faham tentang diri mereka... sedangkan sewaktu permulaan perkenalan, memang sentiasa memberikan kita kepercayaan sehinggalah kita terlepas pandang... 
      ada pulak sesetengah tu, kita memang membencinya, tapi akhirnya, dialah yang menjadi kawan dan setia dengan kita susah dan senang.... itula manusia.. perlbagai ragam dan perangai...
     kesimpulannya, kita sebagai manusia, haruslah hidup senang menyenangkan, memahami, berkongi dan banyak lagi yang mampu memberi kita banyak kebaikan.. yang penting terimalah dengan terbuka bila kita dikritik dan diberi pendapat.. mana yang baik kita simpan dan jadikan buku panduan masa depan, manakala yang negetif kita abaikan saja....., 
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages