Encik East | Create your badge
Instagram

Thursday, October 10, 2013

Miss you so much mum & dad

Tak ada benda kat dalam dunia ni akan kita lihat sekarang jika tanpa mereka yang membesarkan kita dengan ketabahan... Mereka melahirkan dan membesarkan kita tanpa merunggut akan kepayahan membesarkan kita...
     Mereka berusaha membesarkan kita dengan semampu mungkin agar kita mampu berdiri dikaki sendiri... Dari sejak kita kecil lagi mereka mengharapkan kebahagian kita dan sentiasa tersenyum, itu sudah memadai bagi mereka.. Wang ringgit bukanlah pemasalahanya... Kerana keiklasan dan tangung jawab yang mereka berikan itu adalah atas kasih dan sayang....
     Mereka adalah kekuatan diri kita, kepayahan membesarkan kita itu sangat2 menakjubkan.. Kerana jika kita di tempat mereka, mampukah kita memberi sama dengan apa yang mereka lakukan pada kita...
     Mereka sekolahkan kita, memberikan didikan agama yang semampu mungkin, pakaian, makan minum agar kita mampu jadi insan yang sempurna di dunia yang lebih mencabar lagi... Mereka tidak sedikit pon meminta balasan apa-apa dari kita.. Apa yang mereka mahukan hanyalah kebahagian yang kita miliki kelak dan mampu berdiri dikaki sendiri..
     Membuatkan mereka tersenyum adalah hadiah paling besar bagi mereka...
Tapi setelah kita kenali dunia luar, kita kadang kala terlupa akan mereka yang merindui kita di kampung halaman.. Kita sibuk bekejar2 untuk mencari duit sehingga terlepas pandang, tanpa mereka siapalah kita...
    
     Aku sanggat bangga mempunyai kedua ibu bapa yang sanggat kuat, tabah dan gigih dalam menempuh liku-liku kehidupan.. Keperihan hidup mereka lalui dengan penuh tabah.. Masalah demi masalah mereka cuba selesaikan sendiri...
     Mereka adalah raja dihati aku walaupon aku jauh dari mata mereka, mereka sentiasa disisi aku... Aku tak dapat bayangkan jika mereka memejamkan mata terlebih dahulu, apa akan jadi pada aku... Aku rela pergi dahulu dari melihat mereka hilang didepan mata aku buat selama-lamanya....

No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages