Encik East | Create your badge
Instagram

Tuesday, October 26, 2010

bosan + filing sorang2 dok bilik.. hurm

wat up....
hey tau tak bertapa bosannya aku malam ni n ada gak lah malam-malam sebelumnya haha... x der apa pon yang boleh buat aku tak dapat tido malam... seday kot bunyi dia kalau korang try amik sikit2 fill yang aku ngah layan ni hahahaha..
sambil-sambil dengar lagu-lagu cintan cintun layan perasaan, makinlah aku dengar lagu-lagu putus chinta ni, makin mengecutlah hati aku n makin lembut lah jiwa aku hurm.. nak buat macam mana bak kata citer zaman2 p.ramli dulu(dah nasib badan)......
tapi sebenarnya layan gaks kot walaupon dok sorang2 n x der sapa nak teman, yer lah dah lama gak menjanda ni hahaha... termenung pandang dinding, tengok kanan, tengok kiri, depan n belakang malas lah coz aku ngah baring2 hahahaha.. kita berhayal jap, berimiginasi benda yang bukan2 hahaha... benda apa 2 x yah lah aku nak citer lebay2 kot.. pikir2 lah sendiri yer hahahaha....
aku ni lagi satu sebabnya x suka sangat dah kuar umah coz aku malas nak jumpa manusia2 diluar sana yang banyak mulut huh... bila dorang sedar jer kehadiran kita, tah citer baik or buruk2 ada jer kuar hurm...
tapi x kisah lah yang penting aku buat jer apa yang aku nak buat... aku x kaco orang n i hopely sumer orang x kaco aku.. yer ar, aku berdiam pon, ada jer kot orang yang tah apa2 tah muncul.. bercerita.. tapi dunt worry aku pon suka gak citer pasal orang haha,, sebab aku fikir mulut orang bukan leh tutup, so b4 dorg judge aku bukan2 bek aku yang buat citer bukan2 hhaahahahahaha
k ar. chaw chin cawww~~~~

Friday, October 22, 2010

my picture collaction










sakitnya setelah kau berikan harapan

Bila aku cuba untuk membahagiakan seseorang, kenapa selalu sahaja gagal… apakah aku perlu mengubah sikap dan caranya… atau aku harus membuang ego dan sikap pemalu aku..

Aku cuba untuk menyayangi , namun mengapa tandus kecewa sentiasa melanda diriku ini… inikah dugaan diriku untuk menumpang kasih dan merasa secebis kasih dari insan yang mampu membahagiakan ku…..

Aku tidak pernah mengharapkan lebih dari menerima sedikit kasih sayang, namun mungkin trlalu susah untuk aku menerimanya walaupun apa yang kita fikir terlalu mudah..

Kenapa peluang selalu diberi, kemudian disia-siakan…

Kenapa pula, setelah kita diberi harapan mengunung, tiba-tiba dikecewakan?? Semuanya pasti pernah merasa sakitnya mengharap cinta yg dihancurkan…

Aku tak ingin semua ini terladi, tapi hati terlanjur menyintai… aku juga tak mampu salahkan mana-mana pihak, kerana ini jalan takdir yang aku pilih….

Segala yang berlaku adalah pengalaman yang berharga dalam erti percintaan dan kehidupan… aku akan jadikan ia satu panduan untuk terus.. Tapi aku tau aku tidak sekuat mana, walau pun aku pernah terjatuh sakit, namun tak mustahil aku akan melaluinya untuk yang kesekian kali, kerana aku insan yang lemah dan selalu tewas dalam kehidupan dunia….

kenangan bersama mereka













BERIMAN DENGAN TAKDIR

Bukan senang untuk bermain dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan.

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome?

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang itu. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat tuhan.

Tuesday, October 19, 2010

ciri - ciri orang menyukai kita..


















1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa @ kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya... ( susah klu bab yg ni )

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah...

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti �Selamat Pagi�,'Selamat Hari Minggu�, �Selamat Tidur�,
�Take Care�, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan �aku CINTA padamu�, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya...

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.[size=12]11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS �good luck� untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar �jauh dimata, jauh dihati?�

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.. ( tension kdg2 klu mcm ni slalu )

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala....
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut� kamu akan menyesal melakukannya!
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages