Encik East | Create your badge
Instagram

Monday, February 23, 2009

yang ku tau cinta itu indah??

Hm..bila kita bercakap mengenai cinta, kita akan terkenang masa-masa indah ketika bercinta…bagi yang bercouple, wajah pujaan hati akan terbayang di mata..bagi yang single, mungkin saat-saat masa bersama dgn ex berlegar di kepala…walaupun banyak yang pahit, sikit yang manis tapi yang manis tetap dikenang..
Namun,benarkah cinta itu indah? Ada yang kurang setuju atau lansung tidak setuju? Lain orang, lain perspektif mengenai cinta..memang benar cinta itu indah..dan memang benar cinta itu menyakitkan…

Indah bila setiap detik dapat bersama dengan kekasih hati..
Sakit bila terpaksa berjauhan dengan
pujaan hati…
Indah bila mendapat sms dari
pengubat hati…
Sakit bila tidak mendapat sms dari orang yang dicinta..
Indah bila org yang dirindu menelefon kita..
Sakit bila kita tidak mendengar suara
orang tersayang…
Indah jika pasangan kita hanya menyintai kita seorang…
Sakit jika kita tahu virus curang dalam hubungan kita…
Indah jika kamu menghargai aku..
Sakit jika kamu menghargai orang lain, bukan diriku…
Indah jika kau sedar cintaku…
Sakit jika kau hanya tahu aku pandai merajuk…
Indah jika ketika kita sakit, orang yang kita cinta menjadi
jururawat..
Sakit jika ketika sakit, si dia tiada di sisi…
Indah bila kita menjadi juruawat dan pesakitnya adalah pasangan sendiri…
Sakit bila pesakit sudah sembuh dan terus meninggalkan kita…
Indah bila apa yang dihadiahkan oleh kita dipakai oleh kamu
Sakit bila hadiah itu hanya dilihat…

Kenapa kita tetap menerima cinta jika kita tahu cinta itu menyakitkan…betul,cinta itu lumrah kehidupan seorang manusia…setiap manusia dijadikan berpasangan..setiap manusia dilahirkan berperasaan cinta..cinta itu indah sebenarnya…tp kita, aku, kamu, kau atau manusia itu sendiri yang mencipta kesakitan dalam bercinta…ada orang suka kesakitan dalam bercinta..ada orang suka keindahan dalam bercinta…terpulang pada manusia itu…tapi sampai bila kita harus sakit? Sampai bila cinta itu tetap indah?

Tangisan, herdik mengherdik, maki hamun, gelak ketawa, gurau senda, bermanja-manja menjadi perasa dalam cinta..'hey,fuck you la..cam sial la ko ni'-pernah guna ayat ni ketika marah?ada orang mengguna ayat ini bila memarahi kekasih hati…'sayang,baby sayang kat sayang'-majoriti orang banyak mengguna ayat ini..tapi betul ke kita maksudkan ayat-ayat tersebut?bila kita rujuk perkataan cinta, bersesuaian atau tidak ayat tersebut?

Benarkah cinta itu betul-betul indah?nonsense! ruff,what happened to you?!! Nothing happened to me every readers…bagi aku, cinta itu kesakitan yang indah..siapa yang setuju? Bagi yang tahu apa yang berlaku dalam kisah cintaku, orang-orang ini akan bersetuju…
Mungkin ada segelintir orang selalu diherdik, dimaki oleh orang yang disayang…tapi "aku mengherdik kau sebab aku sayangkan kau..supaya kau tau apa kesalahan kau…supaya kau sedar, aku terlalu rindukan kau!" mungkin itu monolog bagi orang yang garang dengan pasangannya…teman-teman ku, pasanganmu memarahi teman-teman bukan kerana apa…tapi kerana perkataan cinta! Ruff, mane ade orang yang sempurna atas dunia ni..setiap orang pernah melakukan kesilapan..Ruff, aku suka kalau pasangan aku tersalah langkah..biar dia tahu, dunia ini bukan hanya ada warna putih..tapi pelbagai warna…

Aku setuju dengan anda-anda semua..sebab itu, bagi aku cinta itu kesakitan yang indah…walaupun kita disakiti, kita masih menerima si dia dengan tangan yang terbuka…si dara tetap menerima si teruna walaupun si teruna curang dengan si dara yang lain…si teruna tetap mencari si dara walaupun si dara sudah berubah hati… apa yang di tunggu lagi wahai si teruna? Bunga bukan sekuntum… kenapa terima si teruna itu kembali wahai si dara? Kumbang bukan seekor…rumitkan bila berbicara pasal cinta..C.I.N.T.A hanya ada lima huruf..huruf C digabung dengan huruf I, disambung dengan huruf N untuk disebut [cin] dan digabung dengan sebutan [ta] hasil gabungan huruf T dan A..lalu jadilah perkataan CINTA..hanya 5 huruf ini boleh membuatkan seseorang sasau, jiwa kacau, berilusi, gembira, ketawa, menangis, sedih, mabuk, rindu, sayang…hebatkan 5 huruf ini…kerana 5 huruf ini si polan bin si polah sanggup terima si dia kembali dalam hidupnya walaupun hatinya pernah hancur oleh kecurangan si dia..kerana 5 huruf ini si dia menangis melutut di kaki kau.. kerana 5 huruf ini, aku percaya ko memang untukku…kerana 5 huruf ini ayah dan ibu kita berkahwin..ye kan? Kalau tak, kau, kamu, aku, kita tidak wujud sekarang…

Tidak semua orang bahagia dalam bercinta…ada yang merana sebab kekasih yang dipuja tidak seperti apa yang diharapkan…hey, ko sendiri yang cari penyakit! Teman, sakit ini dapat mengajar kita bersabar, menguji cinta kita, membuat kita terfikir 'cukup atau tidak apa yang kita pernah lakukan untuk si dia'..biar kita sendiri berhabisan, janji pujaan hati gembira…cinta ini untuk kita..jangan biar bersimpang wahai teman…biar ia lurus..biar sama-sama melangkah…jangan ditinggal pasangan kita…terima kasih teman….tetapi jika aku terpaksa berhenti, maafkan aku…aku tidak akan pernah berhenti bernafas..selagi aku masih bernafas, selagi itu pandangan aku tetap melihat kau melangkah…

only me.....

I am someone
I walked past a dead face
even though the person was alive...
I saw my eyes in the mirror
and cried at the sight...
I looked at a person
I didn¹t know
and I met a friend...
I got heads to turn
when I walked past...
I learned a lot about myself
when I lost a new friend....
I cried every tear in my body
when I thought about love....
I got hit bad
then got back in the ring...
I climbed a mountain of rocks
and saw an eagle fly over- head...
I heard terrible things about myself
when no one thought I was listening...
I realized I was strong
when I didn¹t cry when it hurt...
I found out who I was
when I was with someone else...
I thought I was lost forever
when a friend found me...
I held a life in my hand
and it was my own...
I was a pawn in someone else's game
so I surrendered to a brook...
I walked the fine line between surviving
and not wanting to survive...
I still am...
I am someone...

Friday, February 20, 2009

sakit ati!!! potong rambut mcm siyall!!!

hari ni aku potong rambut dalam kol 5pm lah.... hurm aku pon malas lah nak p salon jauh-jauh.. so aku p jer lah salon berdekatan ngan umah...
nak di jadi kan cerita, ada lah catu makhluk cina ni PLU lah, da belek2 kepala aku, pastu aku cakap lah nak potong mcm mana kan.. so dengan CONFIDENTRINA nya dia potong lah... aku tgok potong mcm lah profisional, laju jer... aku cakap dia nganguk kan kepalanya yg mcm hantu 2...

yang aku sakit hati nya... dia potong rambut aku mcm JENGLOT!!!! mana tak sakit hati aku kan... siyall punya cina... aku macam x nak jumpa masyarakat sampai lah rambut aku ni da cukup panjang mengurai....

bencinya aku... aku rasa MAMAK potong lagi bagus kot!!!! ni lah masalahnya... kalau kita terlampau percaya kepada salon.. kita ingat salon sumer potong rambut kita chantik mcm kita nak... MANAKALA ADO!!!! aku rasa, aku setaraf ngan rambut KUNTILANAK tercekik pisau!!!!

arzzzz geram nya!!!!!!!!!

Thursday, February 19, 2009

rumah ku syurga ku...

Kata orang rumah adalah syurga bagi penghuninya. Benarkah? Kenyataan itu sungguh subjektif. Syurga yang bagaimana yang diimpikan oleh penghuninya?
“Syurga itu adalah rumahku. Akan aku hiasinya dengan rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Syurga itu dapat kucapai jika ahli keluargaku berpaksi kepada tiang agama, menjadikan al-Quran sebagai pegangan dalam melayari badai kehidupan. Akan ku hiasi syurga ini dengan senyuman yang manis dan kesabaran yang tinggi dari bidadari-bidadariku . Akan ku harumi syurga ini dengan wangian dari nilai-nilai mulia yang kami amalkan. Akan kupelihara syurga ini agar generasiku dalam menghayati keindahannya, kenikmatannya serta kebahagiannya.”
“rumahku adalah syurgaku. Apa yang aku lakukan adalah kehendakku. Sesiapa pun tidak berhak menghalang apa yang ingin kulakukan. kerana ini adalah syurgaku. Perempuan yang menemaniku setiap masa adalah bidadariku. Tiada orang yang mengganggu itulah impianku dalam mengindahkan lagi syurga ini. Syurga ini akan kupenuhi dengan perkara-perkara [arak, dadah, perempuan] yang boleh melupakan aku dengan kepenatan, kesengsaraan.”

Kedua-dua dialog di atas menggambarkan dua situasi yang berbeza yang menunjukkan perkataan syurga sendiri mempunyai konotasi yang pelbagai kepada setiap individu. Tanpa kewarasan fikiran, syurga manakah yang layak buat kamu?


mcm mana plak kalu kita menyintai seseorg yg belum pasti menyintai kita?

mcm mana plak kalu kita menyintai seseorang yg belum pasti menyintai kita?

ini adalah persoalan yang sering kita take series dalam percintaan... kadang-kala kita menyintai seseorang lebih dari diri kita, menyayangi dirinya lebih dari nyawa kita sendiri... namun adakah kita pasti cinta yang diberikan terhadapnya kepada kita itu tadi sama mcm yang kita lakukan terhadap dirinya?

kita manusia tidak pernah lari dari kesilapan... sikap ingin mencuba dan berusaha untuk berkorban ada lah jalan untuk menentukan cinta yang sejati..

Cinta? cinta sejati memang wujud... cinta dalah anugerah dariNYA.. cinta sesama manusia jua anugerah dariNYA.. jika cinta antara pasangan kerana hati yang ada padanya maka kita akan nampak cinta sejati adalah realiti, tetapi jika cinta kerana fizikal & material maka cinta hanya ilusi...
CINTA wujud & datang dgn sendiri...( hadir cinta tak perlu dipaksa...) Cinta jadi lebih bermakna bila kukuh di waktu kesusahan Cinta lebih bererti ketika kekal di waktu duka Cinta hadir di waktu sakit pening paling dicari.... CINTA yg IKHLAS???? Sabar dalam menerima kekurangan & kelemahan pasangan (Namun janganlah pasangan mengambil kesempatan di atas kesabaran...) Tapi percayalah....Memang mudah nak lafazkan CINTA tapi sukar nak melaksanakan & mempertahankannya... Jadi bila dah bertemu dgn CINTA....hargailah & berdoalah moga ianya Cinta yg dicari.....

Cinta adalah kurniaan dari Ilahi yang tidak ternilai.Hanya manusia yang mensyukuri dan berusaha untuk menghargai kurniaan tersebut yang mampu mengecap nikmatnya cinta tersebut.Cinta itu indah,tetapi sikap mazmumah manusia yang mencemarinya menyebabkan ianya jadi pedih.cinta dibina atas kesepaduan dua jiwa yang memahami cinta itu perlu dipupuk sentiasa dan memerlukan dua jiwa menjadi satu hati dan bertanggunjawab terhadap kurniaan yang diberi.Semoga suatu hari kamu akan mengerti apa nikmatnya cinta yang diredhai oleh Allah.Jangan kata cinta sejati takder maknanya....sebab kita tak jumpa lagi cinta yang sejati..tetapi cinta yang paling sejati adalah cinta kepada Ilahi...


Cinta sejati Lahir tulus dari hati
Cinta yang hakiki Adalah cinta pada Ilahi
CINTA SEJATI
C = Cerita sebuah kasih sayang
I = Intipati perasaan hati
N = Niat ingin susah senang bersama
T = Tekad yang kuat untuk saling melindungi
A = Abadi hingga ke hujung nyawa
S = Satu dan setia
E = Enggan bertelingkah lama
J = Jati diri tidak diketepi
A = Amat memahami dan bertolak ansur
T = Tanpa ada dusta dan rahsia
I = Ikhlas menyayangi
Cinta bukan suatu dongengan

perlukah bercinta jika banyak dugaan!!!

kenapa kita perlu menyintai sedangkan kita sendiri tahu jika cinta itu banyak dugaan dan liku cabaran yang perlu dilalui.. menyintai seseorang bukan lah mudah.. bahkan memerlukan tenaga kekuatan yang sangat kuat tok mempertahankan perhubungan...
tetapi itu lah kehebatan cinta, jika tiada usaha yang kuat tok mempertahankan hubungan, itu bukan lah cinta dan pengorbanan.. pengorbanan amat sinonim dengan cinta, ini kerana, adanya pengorbanan,cinta itu akan bertahan lama, bahkan boleh hingga keakhir hayat kita..
ada orang kata, perlukah dicintai untuk disakiti??? cinta dan mencintai memang sakit jika kita tidak sefahaman, bahkan cinta akan pudar dalam sekelip mata sahaja jika kita tidak pandai menilai dan memperbaiki kelemahan dari pengalaman...
kenapa cinta itu wujud??? cinta wujud atas dasar kasih mengasihi sesama insan, pengorbanan yg kita lakukan keatas diri seseorang...
kita akan kecewa dengan cinta bila cinta kita didustai oleh pasangan... ramai pasangan yang terima kesakitan cinta, lalu sangup melakukan apa yang mereka fikir mudah... sedangkan banyak lagi jalan yang boleh diseleaikan dari pada melakukan benda2 budoh...
ramai yang kata, dan ada juga didalam peribahasa melayu mengatakan BUNGA BUKAN SEKUNTUM, KUMBANG BUKAN SEEKOR, tapi disebabkan sekuntum bunga dan seekor kumbang lah hidup kita merana... sehinga bertahun lamanya..
ada pula yang serik bercinta... bahkan sangup menyintai kaum sejenisnya akibat pasangan nya...
jadi renungkan lah mana yang baik dan buruk dalam percintaan.. jangan biar kan kita hanyut dalam mainan cinta.. kelak kita yang akan merana...

Tuesday, February 17, 2009

MY GOOD FRNZ..

ni hill... my good frnz... dia baru jer kuar hospital coz sakit biasa2 jer... sian tgok dia.. btw nasib baik jumpa dia.. kalau x, tah lah aku jumpa dia kat mana nati hehehehe...(joke). dia lah kawan aku yang agak lama lah aku kenal..since aku study kat MIIM lagi... aku angap dia da mcm bukan kawan da... aku n dia kalau ada masalah mesti kita org kongsi sama2... aku seday biler dia ingat kan aku pasal benda2 yang da lepas time kita org slalu lepak sama2 n gila2 pon sama2 huhuhu... tapi gado pon pernah guks hehehehe.. aku tau masa x akan bersama kita.. kita org pon ada jalan masing yang nak di jejaki... so terima jer lah.. dia pon da nak kawin.. aku rasa epy sangat coz akhirnya ada guks orang jaga di... he need some 1 to accompany him.. so hope bakal ur wife dia nanti dapat jaga dia ni ngan baik k.... x yah pening2 lagi k... hehehehe...

NI ADALAH APA YG KITA ORG CITER TIME O9 TADI....
HILL:-radin..thank tau melawat aku kat hospital...semoga ko murah rezeki..dan dpt @#$#%^&%&&&*^^&
RADIN;-hahaha
thanks x der apa lah... bende simple jer...
eh napa aku cakap kat sumer member2 kita dorang x caya?
coz dorang kata tanya ngan ko..
n ko kata mana ada ko sakit!!! huh
HILL;- thanks...
RADIN;-thanks apa?
HILL:-coz aku bgtau ko sorang je...coz bg aku ko banyak tlg aku dr dulu lg...dr zaman siti masa sakit, masa aku susah, cr rumah, duduk rumah merempat, beras jatuh, masa aku perlukan ko bantu aku kes laila tu, masa kau tdo dulu and bnyk lg...bg aku ko sahabat sejati..tu aku bgtau ko sorang je...secara jujur aku ckp, masa ko dtg terus je aku happy dr sakit...
Radin:-hurm.. ko jgn wat aku seday plax tibe2 ar..
HILL:-thank u so much...thank u sangat-sangat...aku slalu doa supaya tuhan jaga ko...ko baik sangat...aku tak kan lupa sampai akhir hyat aku, ko buat banayk pengrbanan kat aku...
RADIN:-aku buat apa yg aku termampu jer...kita kan kawan lama...
ko pon da nak kawin nanti..so ada lah org yg berhak jaga ko..
x lah ko keseorangan lagi...
HILL:-Tulah tak sangka aku nak kawin dah...bnyk aku citer kat aishah "tunang Ku" pasal ko...memang ko buat yg termampu je...tp tak semua org boleh buat mcm ko...tulah disebalik keikhlasan hati ko...aku syukur kat tuhan dpt jmpa ko dlm hidup aku...tak sangka dpt knal kat miim...papun aku ingat lg ko blanja aku cheesecake kat starbucks klcc..., sampai skang if aku mkn cheesecake aku ingat ko...

THANKS HILL... U R THE BEST FRNZ 4 ME... HOPE KO HAPPY K....

Friday, February 13, 2009

musim luruh menjelma...

kini kita berpisah,rintihan asmara sudah berubah, tiada lagi mengharap... tiada lagi belaian manjamu... semua telah berakhir.. ketenangan hidup menyinariku..keperitan cinta terlerai sudah!!tabahkanlah hati duka yang berduri... aku mengenali siapa diriku yg sebenarnya... tinggallah hanya memori luka... semua telah diduga... pertemuan kali ini takkan berkekalan... berakhirnya istana bahagia kita berdua... biarkan aku hidup keseorangan, tak perlu lagi cinta yg menghiris luka... titisan air mata kini dah kering. tak perlu menabur kasih, ketenangan hidup menyinariku... keperitan cinta terlerai sudah, tabahkanlah hati duka, aku mengenali siapakah diriku yg sebenarnya.. dan kini kututup jendela harapan ini.. kau kan menanti keangkuanku, semua takdir yg telah kutemu, kan kurela segala tanpamu... tiada lagi airmata yang membasahi jiwa luka.. salam.

Andai sampainya waktu... aku harus tinggalkan mu...Akan aku berlalu.. bila tiba saat itu...Tak guna kau merayu, dan tak perlu menahanku....Kerana yang berlalu adalah kehendakmu... Hanya tuhan yang lebih tahu, Susah senang hidup dengan mu..Sumpah janji semakin layu....Hingga kini jatuh satu persatu...Engkau membiarkan ku...Air mata bertamu... dan tak kenal erti jemu... yang menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu...yang terhalang kejujuranku...Dan yang terbilang kesilapanku... Memang payah dimengertikan....kerana tertutup pintu hati mu....Terima penjelasan Biar apa jua tafsiran Yang ingin kau nyatakanA ku rela terima semua....

Hari demi hari, minggu dan bulan pun berlalu. Suka duka kita lewati bersama. Bebagai masalah mampu kita hrungi tanpa aral berarti. Tapi kini semua telah berakhir. Kini semua telah sirna diterpa masa. Sangat berat memang, menyakitkan memang. Tapi itulah cinta, datang tak dijemput, pergi pun tak di hantar *jelangkung mayb*. Maafkan saya sayang, kini ada yang lain di hati ataupon kita tidak lagi serasi. Ya.. aku tidak mampu membohongi perasaan aku ini. Inikah akhirnya..Tinggallah lara di sini....Terpadamlah api kasih kita....Setelah engkau pergi...Telah kukorbankan....dan dah aku curahkannya Semua kasih suci pada dirimu....Tak ku mahu pengenalan kita kan hancur seperti debu...Takku mahu..Dirimu bukan lagi kekasihku...Dan di sini tinggallah aku...Menantikan kasih...Sesaat berlalu Bertahun kurasakan...manakah silapnya..Kemanakah kan kubawa Erti cinta sejati.. mungkin kah di mimpi.... Cuma dimimpi sahaja!!!

Thursday, February 12, 2009

single or berpunya...

single,n perlukan sesorg yg lebih brmakna dlm stiap kehidupan aku..
bkn senang mncari org yg MR RIGHT dlm idup kita juga terlalu susah ntk meletakan dr kita perfecter buat org yg kita cinta.Hargailah orang yang menyayangi diri kita.
Bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh menyayangi diri kita dengan seadanya dan yang paling penting keikhlasan yang lahir dari hati yang tulus murni.Jika kita merasakan sesuatu itu membahagiakan diri serta kehidupan kita,
maka kita patut teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali dalam hidup ini.
Tiada peluang kedua dan kalau pun ada ianya tidak akan sama dan seindah dengan apa yang pernah kita lalui dahulu dan pastinya kita sering merinduinya. .
Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan seseorang yang sesuai dan dapat menyayangi diri anda dengan seadanya,
maka hargailah dia dan janganlah biarkan dia berlalu dengan begitu sahaja.

JGN TINGGALKAN ORANG YANG KITA SAYANG HANYA KERANA ORANG YANG KITA SUKA,KERANA ORANG YANG KITA SUKA AKAN TINGGALKAN KITA UNTUK ORANG YANG MEREKA SAYANG.

Wednesday, February 4, 2009

teman

kenapa hidup kita perlukan kawan?
dan kenapa pula kita perlu teman dalam hidup?
adakah kita tidak boleh bersendirian?
ataupon sekadar untuk hiburan semata-mata?

ada yang kata, kawan lah tempat berkongsi masalah..
tapi ada juga kawan yg datangkan masalah...

dalam hidup aku, aku dapat lihat n menilai apa itu erti kawan dan persahabatan.
ragam dan telatah memasing yang dapat aku menilai atitute diaorang...
kawan yang sempurna adalah kawan yang sangup terima kita seadanya.. sebab kawan ini lah yg sangup berkorban untuk kita....
kawan yg seperti ini, kita tidak akan lupakannya sampai bila2.. dan kita akan utamakan dia lebih dari kekasih kita..
tapi setiap yang sempurna pasti ada kekurangannya...

but aku benci sangat kawn yg bila kita senang jer dia datang,
bila susah, jumpa kat sebelah-sebelah pon x nak tegur...
apo lah jenis kawan kan..
tapi kawan mcm 2 ok lagi kot bagi aku...
ada lagi teruk sebenarnya... rasa aku kalau nak disamakan ngan SETAN, dia setaraf kot huh..
tapi itu lah hidup.. x der masalah, x der dugaan, x der cabaran...
x yah hidup kot huhuhu....

dalam hidup aku yg da nak masuk 23 ni, aku da jumpa hampir puluhan ribu kawan yg ada atitute sendiri...
tau x ramai kata aku sombong....
tapi sebenarnya aku bukan sombong.. tapi malas nak berkawan... bila aku berkawan, aku akan hadapi ngan ragam dia tah apa2 lah... so aku x kuasa..
that why aku x ramai kawan.. aku suka mcm ni...
senang.. x ramai kawan, x banyak masalh...

tapi yg penting sekali kene pandai pilih kawan...
aku slalu salah pilih kawan...
banyak kawan2 aku yg mcm HANTU... perangai memasing aku x leh tahan...
so kawan yg aku berkawan skunk ni, dalam 3-4 org kira ok lah...
lg best kawan x ramai...

Monday, February 2, 2009

Suzana Meninggal Dunia Di Usia 66 Tahun” 15 october 2008

Kabar duka datang dari Artis spesial film-film horor, Suzana. Suzana meninggal dunia di usia 66 Tahun. Suzana meninggal pada Rabu (15/10/2008) pukul 23.15 WIB di Magelang, Jawa Tengah. Padahal sebelumnya Suzana baru saja merayakan ulang tahunnya pada 14 Oktober 2008. “Iya betul, suzana telah meninggal Dunia,” ujar suami suzana, clif Sangra, Kamis (16/10/2008). Sebelum meninggal Suzana sempat di rawat di Rumah Sakit Harapan, Magelang, Jawa Tengah, selama lima hari. Suzana akan dimakamkan di Pemakaman Umum Giriloyo, Magelang, pada Kamis (16/10/2008) pukul 10.30 WIB, dengan diantarkan seluruh keluarga besar dan sanak saudara.

MENINGGAL , SUZANA TIDAK INGIN JENAZAHNYA DILIHAT ORANG Sosok Suzana memang sangat misterius. Meninggal pun Suzana masih meninggalkan sejuta misteri, pasalnya Suzana tak ingin Jenazahnya dilihat banyak orang. Kabarnya hanya beberapa orang yang diizinkan melihat Jenazahnya. Tidak sperti pemakaman pada umumnya yang terlihat ramai. Pada saat perempuan yang gemar makan bunga Melati ini dimakamkan di Pemakaman Umum Giriloyo, Magelang, Jawa Tengah, hanya dihadiri orang-orang terdekta saja, sperti suami dan perwakilan RT dan RW setempat. “Kita membutuhkan suasana tenag, takutnya kalau banyak orang tambah ribet,” ujar ClifKamis (16/10/2008). Meskipun begitu Clif tidak melarang orang untuk datang ke makam Istrinya itu.

DIMAKAMKAN, SUZZANA DIMINTA DIPAKAIKAN LIPSTIK PINK...Sebelum meninggal Suzana minta dipakaikan pakaian serba putih dan lipstik warna pink. Rupanya meski sudah meninggal Suzana tetap ingin terlihat cantik. Clif mengatakan pakaian dan perlengkapan pemakaman telah dipersiapkan oleh wanita berdarah Belanda itu sejak 2001. Selain itu, Suzana juga minta disediakan dua bantal berwarna merah di dalam peti matinya. “Pokoknya semua minta serba putih, mulai dari penutup kepala, kaos tangan hingga kaki semuanya berwarna putih. Dia juga minta dipakaikan lipstik warna pink,” ujar Clif Sangra di kediamannya di Magelang, Jawa Tengah, Kamis (16/10/2008). Tak hanya itu, wanita yang gemar makan bunga Melati itu minta kepada suaminya menaruh bunga Melati segar di tangan dan dadanya. “Saya nggak tahu maksudanya apa ? Tapi itu wasiatnya. Suzana memang Perempuan yang sangat misterius sekali.

MENINGGAL, SUZANA INGIN DITUNGUI DI KUBURNYA..
Artis spesialis film-film horor Suzana telah tiada. namun Suzana berwasiat tak mau ditinggal sendirian di kuburan. Menurut suaminya, Clif Sangra, Suzana tak mau ditinggal di kuburan selama 7 malam. “Iya, salah satu wasiatnya adalah selama 7 malam kuburannya dijaga oleh saya atau siapa saja yang saya tunjuk atau percaya,” ujarnya saat berbincang melalui telepon Kamis (16/10/2008). Selain ingin kuburannya dijaga selama 7 malam, Suzanna juga meminta dijenguk selama 40 hari. Selama 40 hari itu juga kuburannya harus diberi bunga yang segar.Hal ini mungkin bagi sebagian orang agak sedikit aneh. Saat ditanyakan lebih lanjut, kenapa Suzana berwasiat seperti itu ? Clif mengaku tidak tahu. Suzanna dimakamkan di Pemakam Umum Giri Royal, Magelang, Jawa Tengah.

FEELING SAD..

- Ada Yang Hilang -
Aku hanya bisa terdiam melihat kau pergi dari sisiku.. dari sampingkuTinggalkan aku seakan semuanya yang pernah terjadi tak lagi kau rasa... (Cinta itu, boleh menyenangkan, tapi boleh juga menyakitkan) Masih adakah tentang aku di hatimu, yang kau rasakan?Cuba kau rasakan..Mudahkah bagimu untuk hapuskan semua kenangan bersama dengan ku ...Tak pernah sedikit pun aku bayangkan, betapa hebatnya cinta yang kau tanamkan..hingga waktu beranjak pergi, kau mampu hancurkan hatiku.. Ada yang hilang dari perasaankuYang terlanjur sudah ku berikan padamu... Ternyata aku tak berarti tanpamu ...Berharap kau tetap disini..
Berharap dan berharap lagi.. hingga waktu beranjak pergi, kau mampu hancurkan hatiku.. Ada yang hilang dari perasaankuYang terlanjur sudah ku berikan padamu ..Ternyata aku tak berarti tanpamu
Berharap kau tetap disini .....
Berharap dan berharap lagi..
(Buat mimpi kita untuk jadi yang terbaik buat dunia..)

Sunday, February 1, 2009

CIRI2 LAKI SCORPIO:

1. suka sembang
2. suka org yg syg padanya
3. suka ambil jln tengah
4. sgt menawan n sopan santun
5. kecantikan luar n dlm
6. sentiasa berkawan
7. hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
8. cpt marah
9. daya firasat yg sgt kuat
10. pengasih, penyayang n lembut
11. ambil berat ttg org lain
12. boros n nudah dipengaruhi persekitaran
13. lelaki yg sensitif, mudah terguris n sering kesunyian
14. sukar mempercayai org lain
15. mempunyai karisma yg tinggi
16. penasihat yg baik dimana mampu membaca n memahami
17. sering mencapai apa yg dihajati
18. sanggup menunggu bertahun lamanya untuk sesuatu yg dihajati
19. tidak suka berehat atau bercuti utk tempoh yg panjang kerana baginya byk pekara perlu diselesaikan
20. jenis yg str8 forward
21. serius ttg janji
22. sering lepak bersama kwn2
23. lelaki yg kompleks
24. suka dihormati n digemari
24. jika jatuh cinta, scorpio akan mencintai sedalamnya tetapi tidak mudah untuk jatuh cinta
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages