Encik East | Create your badge
Instagram

Friday, July 30, 2010

persoalan kehidupan namun aku hanya insan biasa.

Aku sering mempersoalkan tentang kehidupan, apa maknanya, kesan dan kesakitan, keindahan mahupun kenangan silam yang mencengkam jiwa nurani kita.

Kehidupan memang terlalu indah jika kita tahu menghargainya dan fahami akan pengertianya.

Aku telah jadi lupa, siapa diri ini, dan kadang kala aku cuba bertanya kembali, apa yang akan terjadi,angin yang berhembus berbisik dihati sangat meyakitkan.. Tapi Aku akan menanti sebuah keajibannya dalam hidupku..

Kenapa hidup ini sukar bagi org yang tidak kuat akan pegangan dalam hidupnya.

Kita manusia yg sering tertanya-tanya akan diri kita, kenapa mereka yang lemah dan mudah terjatuh sering menyalahkan diri sendiri, mereka dalam situasi bergini sering menjadikan jalan tengah sebagai jalan pintas untuk mendapatkan penyelesaian tanpa berfikir panjang dan akan mendatangkan masalah pada orang lain atau tidak.

Orang yang gagal dalam hidup sering dikaitkan dengan orang yang malas berusaha. Tapi sebenarnya orang yang gagal dalam hidup adalah sikap orang yang mudah selesa akan kehidupan yang mereka lalui, dan takut untuk bangun ketika dan saat dirinya jatuh.

Dunia ini memang indah jika kita pandai mengerti dah fahami akan maknanya. Walaupun kadang kala terdetik akan kehidupan yang memeritkan dan menyakitkan, dunia yang palsu..

Tp kadang2 dunia ini kejam kepada siapa yang sedang merasai kebahagian mahupun ingin mengecapi kebahagian.

Orang kata, kalau tak ada dugaan onak duri, liku2 dah keperitan, tidak akan ada lah juga kebahagian, keindahan dan kenikmatanya.

Kita perlu akur akan jalan dunia yang diberikan kepada kita.

Thursday, July 15, 2010

langkah semalam menjadi buku panduan hidupku untuk hari mendatang.

-Bila bersendiri, selalu dibayangi cerita yang lalu, kadang bergembira, dan kadang terluka.
Lumrah kehidupan, asam garam perjalanan hidup,dan titian perjalan suka mahupun duka..

-Inikah cabaran yang harus aku lalui ketika dan saat ini aku memerlukan dahan untuk berpaut. Aku masih rapuh didalam perjalanan ini, tapak-tapak perjalananku masih jauh, langkah-langkah kecil sering membuatkan aku terjatuh, namun aku perlu bangkit dan meneruskan perjalanan dalam hidupku...

-setiap liku-liku kehidupan aku tempuh, setiap detik dan saat aku harungi, dan setiap hari aku melangkah untuk meneruskan hidup ini dengan satu tujuan mahupun harapan..

-Hidup ini umpama pentas lakonan, yang mana kita sebagai manusia akan memainkan peranan sebagai pelakon utama diatas pentas dunia yang sangat menguji diri kita..

- segala jalan takdir kita telahpun ditentukan oleh dia yang satu, mamun kita sebagai manusia, kita pasti tidak dapat lari dari kenyataan hidup dan harus tempuhinya dengan tabah...

- segala kenangan dimasa lampau, jalan dan liku yang kita harungi sebelum hadirnya hari ini, aku jadikan buku panduan hidup, dan tiang untuk aku bertahan selagi nyawa masih dikandung badan mahupun meniti saat-saat terakhir nafazku.

-bertapa indah dan manisnya akan keindahan yang kita harungi meskipun kenangan pahit di masa lalu, teramat indah dan aku pasti apa yang aku lalui sebelum ini, suka dan duka, tiada seorang pon sama merasakannya..

- Aku pandu gerak geri langkah hidupku melalui segala kenangan silam, aku imbas kembali dan aku cuba hayati.. Aku cuba membuat kesimpulan dan fahami semua yang aku lalui sehinga sekarang, dan aku menjadikan tiang untuk aku mengatur setiap langkah agar lebih sempurna.

-aku susun satu persatu, aku layari gelombang dunia yang mendatang dengan lebih berhati-hati. Aku tidak inginkan kenangan pahit mahupun langkah-langkah aku yang membabi buta dulu, aku ulanginya semula.

-setiap manusia inginkan kesempurnaan di dalam hidupnya, namun kekurangan dan kelebihan sering membataskan setiap pergerakan kita.. Tetapi cuba berfikiran positif, dan usaha untuk menjadi yg baik dan terbaik didalam hidup kita adalah puncak kepada kejayaan..

-tidak salah kita korbankan sedikit masa untuk mendapatkan hasil yang terbaik didalam hidup kita. Dan ingatlah, bahawa, kita lakukan segalanya bukan untuk siapa2, tetapi untuk diri kita.

Friday, July 9, 2010

let's watch this video music -ketty perry ft. calafonia gays

video ni memang lagi best dari video asalnya ketty perry mahupun lady gaga...
walaupun dorang ni cuba buat video clip sendiri dan mengunakan latar belakang lagu orang lain, tapi dia mampu membuat lagi baik dari orignal artis...
aku tertarik dengan video ni, ini x der kene- mengena pasal dia berstatuskan apa k, but ni atas dasar tarikan dan kretiviti diaorg ...

Tuesday, July 6, 2010

kegagalan menghantui diri..

Kegagalan merupakan sesuatu yang menyakitkan bagi sesiapa saja. Bagi sesetengah orang, kegagalan merupakan akhir dari segala-segalanya! Oleh kerana itu hampir tak ada seorang pun di dunia ini yang ingin gagal. Kadangkala sikap dan sifat takut gagal inilah yang menyebabkan kreativiti kita terbelenggu dan motivasi terpasung sehingga kita tidak berani untuk mencuba sesuatu.

Ternyata perasaan takut gagal, takut andai melakukan kesilapan adalah KESILAPAN TERBESAR. Kajian membuktikan bahawa rata-rata manusia hanya hidup dalam 20% dari kemampuan sebenarnya. Selebihnya, 80% potensinya belum digunakan. Ini disebabkan adanya perasaan takut gagal. Kebanyakan kita hanya ingin mencari dan mencuba sesuatu yang mudah saja dalam hidup ini kerana tak berani mengambil risiko.

Sesungguhnya, kegagalan itu boleh memacu kita untuk meraih kejayaan dan kesuksesan. Ertinya, kegagalan adalah langkah awal menuju keberhasilan. Kegagalan mampu membuka pintu kesedaran dan ketahanan diri kita dalam menghadapi sesuatu masalah atau untuk melakukan sesuatu. Kegagalan juga merupakan cermin untuk melihat kedudukan diri kita dengan objek, masalah, ataupun lingkungan sekitar.
Banyak kisah tokoh dunia yang dapat kita jadikan contoh bagi memotivasikan diri. Mereka juga pernah gagal dalam hidup. Kegagalan menjadi bahagian daripada hidup mereka. Namun dengan kegagalan itulah mereka justru dapat dikenang dunia sehingga kini.

Thomas A. Edison dianggap bodoh oleh gurunya hingga dikeluarkan dari sekolah kerana sering ketinggalan kelas. Berkat kesabaran ibunya, Edison belajar berdikari dan kini terkenal dan terus dikenang atas jasanya menemukan ratusan penemuan (salah satunya lampu elektrik). Walt Disney pernah dipecat oleh seorang editor surat kabar kerana dianggap kekurangan idea. Dia juga sempat beberapa kali mengalami kegagalan sebelum akhirnya berhasil membina Disney Land. Albert Einstein belum mampu bercakap sehingga usia empat tahun dan belum boleh membaca hingga berumur tujuh tahun. Gurunya menyebutnya sebagai murid yang ingatannya lembab, tidak mampu bergaul, dan selalu khayal dengan angan-angan kosongnya! Dia juga dikeluarkan dari sekolahnya dan pernah ditolak masuk di Zurich Polytechnic School. Akan tetapi, dunia akhirnya mengenangnya sebagai ahli fizik terulung sepanjang zaman dan terkenal dengan teorinya.

Beberapa kisah sukses tokoh dunia tadi boleh dijadikan satu renungan, bahawa di balik kegagalan ada jalan menuju gerbang kejayaan. Gagal bukan akhir dari segala-segalanya. Akan tetapi, kegagalan menjadi titik-tolak biduk berlayar melalui gelombang lautan dan badai kehidupan menuju pulau impian. Tentunya dikayuh dengan motivasi dan sikap pantang menyerah.
Dalam era serba canggih ini, terkadang kita dihadapkan dengan pola hidup yang hanya berfokus pada pencapaian, tanpa memikirkan prosesnya. Manusia menjadi lupa bahawa sebuah proses sangat mendewasakan. Pola fikir instant membuat ketidaksabaran dan memperlecehkan masalah, serta menghalalkan segala cara, yang penting tujuan tercapai. Kita hanya ingin menerima kejayaan dan kesuksesan sebagai bahagian gaya hidup popular. Ekspresi syukur kita juga terpamer hanya pada saat kejayaan diraih sahaja. Kita tidak bersedia menerima dan mengalami kegagalan, dengan segala risiko yang menjadi konsekuensinya.

Sesungguhnya, orang yang sukses adalah mereka yang tidak pernah berhenti berusaha sewaktu mengalami kegagalan. Sementara orang yang kalah adalah mereka yang berhenti berusaha, ketika kegagalan datang menghampiri. Orang yang sukses akan menakluki rasa takut dengan menghadapinya, dan mengatasi rasa sakit dengan mengalaminya. Seorang pemenang adalah orang yang berhasil keluar dari kegagalan demi kegagalan.

Gagal itu guru yang bijak. Kerana Maha Pencipta memberikan penyedaran, pencerahan, dan pengasihan melalui kegagalan yang kita alami. Tak ada cubaan dan ujian yang diberikan melebihi kemampuan kita. Justru dengan kegagalanlah kita bisa mengekspresikan kegembiraan dan puji syukur pada Maha Pemurah secara alami.

Gagal itu berkat. Hanya bagaimana kita mengendalikan kegagalan itu menjadi sebuah pemacu bagi kemajuan yang bererti dalam hidup ini. Dengan memahaminya dalam penuh sukacita dan sikap elegan yang pantang menyerah. Sebab Maha Pencipta akan bersama hamba-Nya yang berikhtiar secara sungguh-sungguh tanpa berputus asa.

perlukah kita berubah ataupun mengubah???

Satu soalan yang harus ditanyakan kepada diri sendiri, sampai bilakah aku harus begini? Hidup dan kehidupan di alam fana ini tak siapa boleh lari dari pengaruh lingkungan atau persekitaran. Mahu tidak mahu, walau di mana kaki berpijak sekalipun kita tak pernah dapat hidup sendirian! Pergilah ke pulau paling sunyi, kalau itu yang kau rasa dapat membahagiakan. Dakilah puncak paling tinggi, tapi mampukah kau lari dari kehidupan semula jadi.

Masa berubah, persekitaran turut berubah. Kita? Harusnya bagaimana, berubah mengikut persekitaran atau kita yang berusaha mengubah apa yang ada?

Sesuatu yang paling sukar dilakukan adalah hal yang paling mudah dipandangan mata kita. Sesuatu yang paling buruk adalah kecantikan yang sering kita lihat. Sesuatu yang paling jauh adalah yang sentiasa berada di sisi kita.

Kebanyakan kita selalu berfikir, sukarnya untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan walaupun kita tahu itu adalah kebiasaan buruk. Lalu kebanyakan kita membiarkan saja diri hanyut dalam arus yang songsang, tanpa pernah mahu berusaha lagi untuk berkayuh mencari arus yang betul. Akhirnya, kita rela untuk tenggelam!

Apa sekalipun memerlukan kekuatan. Namun kekuatan yang paling sukar dibuktikan adalah kekuatan dalaman, kerana ia melibatkan seluruh kehidupan kita. Antara hati dan fikiran, membuat pilihan dan mencari kebenaran.

Tak kira di mana pun kaki berpijak, ia tetap bumi milik Maha Pencipta. Tak perlukan jawapan untuk persoalan sama ada kita yang harus berubah atau mengubah, tetapi kita harus sentiasa berfikir tentangnya.

Monday, July 5, 2010

mencari satu titik sinar dlam kehidupan yang penuh dengan kegagalan

Dengarkanlah melodi rintihan hati ini,
Aku ingin tingalkan kisah silam yang cukup menusuk jiwa, malah menguasai separuh dari jiwaku..

Menanti akan saat-saat hari mendatang yang cukup mendebarkan, malah menjadi seribu tanda tanya dalam hidupku.

Apa yang mampu aku katakan, segala sinar yg aku nantikan, masih gelap, bahkan, sedikit cahaya pn masih tak terlihat dari pandangan aku, aku ibarat buta dalam terang., tercari-cari apakah cara dan jalan yang tepat. Untuk aku menemui sekurang2nya satu titik cahaya. Ya akan membuka satu lembaran cahaya untuk aku terus mengapai seribu sinar dan terus aku gigh berusaha mencari sinar cahaya kehidupan yg bergemerlapan..

Banyak petua dan mitos akan kejayaan dan sinaran di masa dpan untuk kita melangkah dari tapak ktapak dgan yakin, berani dan mampu menentang arus yg jika kita terlalu lemak, kita akan jatuh tersungkur, sehingakan. Ak terdaya untuk kita bangkit darinya jika tak ada sapa2 memandang atau menghiraukan kita..

Saat kita jatuhlah, yg mana kita memerlukan kata2 semangat dan dorongan dari orang sekeliling kita, mahu yang terdekat, ataupn yg jauh. Kerana dgn kata2 semangat dr merekalah, sedikit sebanyak dapat membantu kita bngkit kembali untuk terus melangkah.

Memang mudah jika diungkapkan dengan kata1, tap! Untuk kita tempuh hari2 mendatang kita amat menguji akal dan fikiran, malahan seluruh jiwa. Begitu payahnya untuk kita menyusuri detik2 dan liku kehidupan..

Namun aku percaya, pasti ada rahsia yg tersembunyi, dan akan aku cri jawapanya yg mana kebahagian dalam kehidupan..

Piolo Pascual - Can't Take My Eyes Off You Music Video

krisdayanti mencintaimu

Friday, July 2, 2010

kenapa dorang x nak faham akan diri kita, susah sangat ker?

Kenapalah susah sangat nk luahkan sepenuhnya perasaan ni.. Dan kenapa mereka semua susah untuk memahami diri kita walau sikit pun..

Aku tak pernah mintak belas ehsan dr mereka yg mana aku pernah bersama2 dan memberi kata2 semangat untuk dia bangun, agar dia tak putus asa. Aku cuba sedaya upaya, tapi malang sekali, bila giliran aku menghadapi tekanan, ataupun masalah, dan memerlukan bimbingan atau kata2 semangat agar aku tidak terus rebah..

Kemana mereka semua menghilang? Mana dan dimana? Tak kan sedikit waktu pn x de untuk luangkan masa mendengar luahan mahupun rintihan hati ini.

Walhal ketika mereka dalam dilema, aku berhempas pulas, waktu yang aku luangkan tak terkira, malahan tenaga kudrat aku, tak pernah sikitpun aku pertikaikan..
Inikah balasan yang harus aku terima setelah apa yang aku beri pada mereka..

Perlu x kita cerita masalah kita kat ndrg akaidm sedangkan, dia mcm tak endah langsung akan masalah yg kita ceritakan pada dorang. Hurmmm~

Adakah keiklasan aku sentiasa dipandang remeh? Dimana erti simpati, kat mana letaknya hati dan perasaan? Tidak kan pernah terfikir akan berperikemanusiaan..
Semuanya memang dah tertulis, lumrah kehidupan, cabaran dunia.. Apa yang berlaku memang dah tertulis. Itulah pengalaman paling berharga dalam hidup aku, ia memang tak ternilai dgn wang ringgit, namun ia mampu dikongsi bersama agar kita lebih berhati2 dalam menempuh dunia yang penuh dengan kenangan silam,tanda tanya dan kejutan..
.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages