Encik East | Create your badge
Instagram

Tuesday, July 6, 2010

perlukah kita berubah ataupun mengubah???

Satu soalan yang harus ditanyakan kepada diri sendiri, sampai bilakah aku harus begini? Hidup dan kehidupan di alam fana ini tak siapa boleh lari dari pengaruh lingkungan atau persekitaran. Mahu tidak mahu, walau di mana kaki berpijak sekalipun kita tak pernah dapat hidup sendirian! Pergilah ke pulau paling sunyi, kalau itu yang kau rasa dapat membahagiakan. Dakilah puncak paling tinggi, tapi mampukah kau lari dari kehidupan semula jadi.

Masa berubah, persekitaran turut berubah. Kita? Harusnya bagaimana, berubah mengikut persekitaran atau kita yang berusaha mengubah apa yang ada?

Sesuatu yang paling sukar dilakukan adalah hal yang paling mudah dipandangan mata kita. Sesuatu yang paling buruk adalah kecantikan yang sering kita lihat. Sesuatu yang paling jauh adalah yang sentiasa berada di sisi kita.

Kebanyakan kita selalu berfikir, sukarnya untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan walaupun kita tahu itu adalah kebiasaan buruk. Lalu kebanyakan kita membiarkan saja diri hanyut dalam arus yang songsang, tanpa pernah mahu berusaha lagi untuk berkayuh mencari arus yang betul. Akhirnya, kita rela untuk tenggelam!

Apa sekalipun memerlukan kekuatan. Namun kekuatan yang paling sukar dibuktikan adalah kekuatan dalaman, kerana ia melibatkan seluruh kehidupan kita. Antara hati dan fikiran, membuat pilihan dan mencari kebenaran.

Tak kira di mana pun kaki berpijak, ia tetap bumi milik Maha Pencipta. Tak perlukan jawapan untuk persoalan sama ada kita yang harus berubah atau mengubah, tetapi kita harus sentiasa berfikir tentangnya.

2 comments:

  1. segalanya yang tersurat dan tersirat sudah tertulis..

    ReplyDelete
  2. yup kita tak moleh melawan takdir, tapi kita mampu mengubah takdir..

    ReplyDelete

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages