Encik East | Create your badge
Instagram

Thursday, July 15, 2010

langkah semalam menjadi buku panduan hidupku untuk hari mendatang.

-Bila bersendiri, selalu dibayangi cerita yang lalu, kadang bergembira, dan kadang terluka.
Lumrah kehidupan, asam garam perjalanan hidup,dan titian perjalan suka mahupun duka..

-Inikah cabaran yang harus aku lalui ketika dan saat ini aku memerlukan dahan untuk berpaut. Aku masih rapuh didalam perjalanan ini, tapak-tapak perjalananku masih jauh, langkah-langkah kecil sering membuatkan aku terjatuh, namun aku perlu bangkit dan meneruskan perjalanan dalam hidupku...

-setiap liku-liku kehidupan aku tempuh, setiap detik dan saat aku harungi, dan setiap hari aku melangkah untuk meneruskan hidup ini dengan satu tujuan mahupun harapan..

-Hidup ini umpama pentas lakonan, yang mana kita sebagai manusia akan memainkan peranan sebagai pelakon utama diatas pentas dunia yang sangat menguji diri kita..

- segala jalan takdir kita telahpun ditentukan oleh dia yang satu, mamun kita sebagai manusia, kita pasti tidak dapat lari dari kenyataan hidup dan harus tempuhinya dengan tabah...

- segala kenangan dimasa lampau, jalan dan liku yang kita harungi sebelum hadirnya hari ini, aku jadikan buku panduan hidup, dan tiang untuk aku bertahan selagi nyawa masih dikandung badan mahupun meniti saat-saat terakhir nafazku.

-bertapa indah dan manisnya akan keindahan yang kita harungi meskipun kenangan pahit di masa lalu, teramat indah dan aku pasti apa yang aku lalui sebelum ini, suka dan duka, tiada seorang pon sama merasakannya..

- Aku pandu gerak geri langkah hidupku melalui segala kenangan silam, aku imbas kembali dan aku cuba hayati.. Aku cuba membuat kesimpulan dan fahami semua yang aku lalui sehinga sekarang, dan aku menjadikan tiang untuk aku mengatur setiap langkah agar lebih sempurna.

-aku susun satu persatu, aku layari gelombang dunia yang mendatang dengan lebih berhati-hati. Aku tidak inginkan kenangan pahit mahupun langkah-langkah aku yang membabi buta dulu, aku ulanginya semula.

-setiap manusia inginkan kesempurnaan di dalam hidupnya, namun kekurangan dan kelebihan sering membataskan setiap pergerakan kita.. Tetapi cuba berfikiran positif, dan usaha untuk menjadi yg baik dan terbaik didalam hidup kita adalah puncak kepada kejayaan..

-tidak salah kita korbankan sedikit masa untuk mendapatkan hasil yang terbaik didalam hidup kita. Dan ingatlah, bahawa, kita lakukan segalanya bukan untuk siapa2, tetapi untuk diri kita.

1 comment:

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages