Encik East | Create your badge
Instagram

Sunday, April 28, 2013

Warga Malaysia Menggantung Diri Di Lokap Thailand (kenalan rapat aku)


Seorang lelaki warga Malaysia menggantung dirinya awal pagi semalam hanya lima minit selepas dia dimasukkan ke lokap di balai polis daerah Betong.Menurut sumber polis, Satish Kumar Sungara, 43, menggantung seluar panjangnya di satu daripada besi lokap sebelum mengikat lehernya untuk membunuh diri.


Seorang pegawai polis yang hendak memeriksa keadaannya lima minit selepas dia dimasukkan ke dalam lokap mendapati mangsa sudah meninggal dunia.Sungara ditahan selepas mencetuskan kekacauan dan memusnahkan harta benda ketika cuba untuk pulang ke Malaysia menerusi pusat imigresen di Betong. Teman wanitanya, Jaruwan Puangchaona, 31, memberitahu polis bahawa kekasihnya itu mabuk.

Katanya, Sungara memusnahkan dua pintu kaca pejabat imigresen dengan penumbuknya dan menjerit sebelum dia ditahan pihak berkuasa Thailand kerana mencetuskan kekacauan. Polis mengesyaki dia membunuh diri kerana tertekan akibat ditahan di lokap.-mymetro


No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages