Encik East | Create your badge
Instagram

Thursday, June 21, 2012

bahagia


Bahagia! Semua orang ingin berbahagia! Dari yang masih kecil yang masih belum pandai membuang hingus sehinggalah yang sudah tua bangka yang sudah nyanyuk semuanya inginkan kebahagiaan!Masing-masing mengidam-idamkan untuk menjadi kanak-kanak bahagia .. atau remaja bahagia .. atau pasangan bahagia .. atau ibu bapa bahagia .. atau datuk nenek bahagia .. atau moyang bahagia!
Kadang-kadang aku tengok TV .. baca paper .. baca majalah .. sembang-sembang .. dengar radio .. dan Potpetpotpet cuba melihat apa erti kehidupan bahagia untuk seorang manusia modern dan cara memperolehinya .. menurut cermin yang digambarkan dari sumber berkenaan! Melaluinya aku seolah-olahnya diseret ke dalam sebuah pengertian bahagia dan cara perolehan bahagia yang sangat menonjol pada saat dan ketika ini .. persoalannya .. adakah ini bahagia dan adakah ini caranya kita manusia modern memperolehi bahagia? Adakah ini bahagia?

* Bahagia bila bebas berbuat apa sahaja menurut citarasa hati!
* Bahagia bila ada business besar, rumah besar, kereta besar, pangkat besar, wang besar, kuasa besar!
* Bahagia bila jadi kaya raya dengan apa cara sekali pun!
* Bahagia bila boleh bersukaria berpesta dengan apa cara yang sesuai dengan hati!
* Bahagia bila boleh pakai apa sahaja atau tidak pakai apa pun mengikut pilihan yang sendiri suka!
* Bahagia bila boleh makan boleh minum apa sahaja menurut tepok dada tanya selera!
* Bahagia bila boleh bercakap apa sahaja sekehendak mulut!
* Bahagia bila mendapat sanjungan ramai, popular, famous, glamour!
* Bahagia bila sentiasa beroleh menang dalam apa hal sekali pun seperti menang perang, menang pilihanraya, menang pertandingan dsb!
* Bahagia bila boleh jalan sana jalan sini sesuka hati!
* Bahagia bila boleh bersenang lenang, berhibur dan berlibur tanpa buat sebarang apa-apa kerja!
* Bahagia bila bebas merdeka dari sebarang peraturan dan hukum terutamanya hukum hakam Agama .. tak perlu solat .. tak perlu puasa .. tak perlu zakat .. boleh berzina .. boleh minum-minum .. boleh berbogel .. boleh berjudi!
Ishk .. ishk .. ishk .. bahagia kan? Betulkah ini bahagia?
Ini bukan pendapat aku tetapi itulah persepsi yang disampaikan melalui kaca TV, peti radio, paper, majalah hiburan, persekitaran, perlakuan, percakapan etcetera etcetera etcetera!
x

No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages