Encik East | Create your badge
Instagram

Monday, June 11, 2012

kehilangan 2 ahli keluarga terdekat akibat kemalangan di hiway tangkak, muar, johor...

   semalam 7hb jun 2012 adalah tarikh yang dipenuhi dengan kesedihan bagi ahli keluarga aku...
sepupu terdekat aku terlibat didalam satu kemalangan jalan raya... dia dari johor baru nak balik ke kl tok stat keje after bawak ahli keluarga dia balik cuti sekolah..
   tapi takdir yang telah tertulis tiada sapa dapat membantah.... sepupu aku yang aku panggil (along) bersama isteri dan 4 orang anak dia yang masih kecil lagi adalah mangsa yang terlibat... menurut sumber yang kami dapat, kereta yang dia bawak terbakar dan tak dapat dikawal... along aku suh semua anak dan isteri dia melompat keluar coz kereta berpusing tak terkawal...
bangkai kereta menunjukkan kejadian tu memang series...
   aku dapat pangilan kecemasan dari saudara mara aku dalam pukul 7.15am, aku dan anak saudara aku yang ada kat kl terus bergegas ke hospital ayer keruh, melaka yang mana dia orang di tempatkan....
sampai jer kat sana, suasana sedih menyelubungi perkarangan hospital... kita orang dapat berita yang mana along aku dalam keadaan kritikal dan di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU) bersama anak dia yang ke-3.
anak yang pertama dan ke-4 mengalami cedera ringan tapi ada sedikit trauma....
   yang memilukan kami semua adalah bila dikhabarkan bahawa ibu dia disah kan meningal dunia...
dan lagi terasa kehilangan bila selepas setengah jam anak ke-3 dia orang disahkan meninggal dunia..
aku yang menyaksikan sendiri keadaan diaorang semua memang menakutkan + menyedihkan + takut WOW..
   kat semua termasuk aku, amikkan ini sebagai satu tauladan hidup supaya kejadian seperti keluarga aku ini tidak terjadi kepada kita semua.........
akhir sekali, marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada yang telah pergi..... semoga allah tempatkan mereka di tempat kedudukan yang tertinggi disana.... amin....

No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages