Encik East | Create your badge
Instagram

Friday, July 4, 2008

"Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung"


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi
anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia
ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia
tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup
bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada
hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah
semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala
makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan
merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi
sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang
anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar
pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa
mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna
anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah
pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup
mereka kepada yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages