Encik East | Create your badge
Instagram

Thursday, December 30, 2010

hidup dan kehidupan

hurm hidup.. kehidupannnnn~~~
aku kadang-kadang cuba mencari punca kenapa mesti setiap peristiwa yang berlaku wujudnya perpisahan mahupun saat yang memilukan lagi pedih dalam hidup seseorang....
sekuat manapun kita dan setinggi mana pun darjat kebesaran kita, kita tetap manusia yang diciptakan sama je... ada kelebihan dan kekurangan...
kita juga hidup dengan 1 tujuan dan satu matlamat iaitu kehidupan hari ini dan kehidupan akan datang yang kita sendiri tak tahu apa akan berlaku kelak.. malah, tiada satupun hidupan dunia yang mampu meramal apa yang akan terjadi pada diri mereka satu hari nanti....
namun kita yang bernama manusia tidaklah sekuat mana, jatuh,bangun, tawa,duka sering kita lalui dalam menjalani hari-hari yang tak pasti....
sebut tentang dunia, kita sudah dapat mengambarkan akan keindahan alam semulajadi,hidupan di sekeliling kita mahupun dalam khayalan kita....
tiada siapa yang diciptakan di dunia ini dapat mencipta apa yang telah tersedia ada di muka bumi ini.... itulah keagungan pencipta yang kita kagumi...
tetapi dalam keindahan, dalam kealpaan kita yang hidup didunia yang segalanya tersedia ini, terselit akan kepalsuan disebalik keindahan yang mana kita sendiri tak sedarinya... kita diuji oleh maha pencipta lagi maha agung dengan permainan dunia...
sikap manusia yang sentiasa mengejar masa demi untuk memiliki kehidupan yang selesa dimasa akan datang sering mengambil jalan yang mudah tanpa memikirkan akan kesan dan sampingannya... dalam tak sedar, kita telah terjerumus kedalam kepalsuan yang mana diseluputi keindahan yang tak dapat kita sangkal...
kepada manusia yang berhati-hati dan sering beringat akan tugas yang harus dilakukan sebagai insan yang bernama manusia dan tidak terbuai akan keindahan dunia yang sebenarnya palsu berlaka, kejayaan hidup dan kemenangan semakin hampir kepada mereka...

No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages