Encik East | Create your badge
Instagram

Thursday, November 6, 2008

Kenapa hidup ini macam roda yang berputar, ibarat burung yang berterbangan, kadang kala ibarat jatuh dan bangun, sekejap terjatuh dan ada kalanya tersungkur. Kenapa kita tidak lahir sempurna seperti orang yang sempurna? Tapi itu semua aku tak boleh pertikaikan, itu adalah kehendaknya, takdir dari nya.Aku sering termenung di jendela mahupun di atas tilam di mana memikir kan apa yang aku sendiri tidak tahu.. fikiran aku bercelaru, serabut, tah apa yang hidup aku nak. bagi aku, aku hanya mampu buat apa sahaja yang aku termampu. Bila aku renungkan kembali masa lampau aku, aku kadang kala tersenyum sendiri bila terbayang kenangan manis aku, dan tak lupa juga aku sampai menangis teresak-esak bila aku kenangkan kenangan yang aku tempuhi waktu susah dan getir pada waktu lampau... segalanya amat pahit sekali bila aku kenangkan. Aku tidak mahu pekara silam berulang keatas diri ku. Tapi aku rasa ada baik nya jika aku kenang, kerana pekara silam lah yang mengajar aku erti hidup di muka bumi ini yang banyak cabaran dan onak liku yang sangat menguji hidup ini.. sebenarnya, benar juga kata pepatah yang mengatatakan, langit tak selalunya cerah, hidup tidah selalunya senang, kadang-kala kita berada di atas, dan ada kalanya kita berada di bawah..Mengapa setan selalu mengahantui kita, mengangu, menguji sehingga kita terjerumus ke kancah yang dilakhnati oleh tuhan yang maha esa. Setan tidak pernah senang melihat manusia bahagia, tidak pernah puas jika manusia tidak melakukan dosa, tidak pernah kecewa untuk menghasut manusia dan sebagainya.Kadang-kala aku merasa sunyi, sunyi tanpa cinta, tiada kebebasan, dan tiada ketenangan.. aku cuba untuk mencari satu sinar dari cahaya, tapi kadang kala, cahaya sengaja bermain dengan diri ku... ia cuba menyembunyi kan keterangan dari ku agar aku berusaha untuk terus mencari dan terus mencari... kadang kala ia ada di sebelah kita tetapi sengaja ia menyembunyi kan diri.. aku ingin melakar cahaya itu untuk menjadi pelangi, pelangi itu aku hiasi dengan dan aku hadiah kan kepada cinta.. cinta yang agung, cinta yang satu, cinta kepada yang maha esa mahupun cinta kepada yang tersayang... tapi apa kan daya, segalanya aku masih mencari... adakah aku perlu mencari, atau biarkan sahaja angan- angan ku ini menjadi satu mimpi yang indah tapi tidak kesampaian?? Tah aku pun buntu, memikirkan segalanya.. kadang kala aku tertekan, memiikirkan masalah ini.. aku da cuba berusaha, mencari, menjelajah ke semua destinasi untuk aku ketemukan sinar yang satu, tapi aku gagal di pertengahan jalan.. inikah lumrah kehidupan, ujian dari-nya. Aku tidek pasti, tapi yang aku pasti aku gagal lagi, aku jatuh lagi, tapi kali ini aku tidak jatuh seperti sedia kala, malah aku jatuh tersungkur, tersembam didalam mendaki kejayaan.... ini adalah lumrah kehidupan, kadang kala kita di atas, manakala kita dibawah jika tersilap langkah.. ramai yang berpendapat, nasib adalah peneman di jalan kehidupan harian kita, tetapi kita tidak boleh salah kan nasib juga, kadang kala diri kita yang menguasai nasib.. jika kita berusaha, nasib dan ketentuan nya kita dapat tangani dan atasi.. Aku bosan dengan diri aku ini, aku rimas dan aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan pada saat-saat sebegini, dalam kepala aku bermacam-macam terdetik.. sehinggakan aku sangup berfikiran negetif iaitu ingin mengaibkan diri aku dari dunia yang aku diami sekarang... arz aku buntu, dimana kah jalan keluar..

1 comment:

  1. Mengapa entry east ni emo semacam jer..kalau ada masalah bawa jer berbincang...kalau ada apa yang boleh dibantu.....

    ReplyDelete

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages