Encik East | Create your badge
Instagram

Monday, November 10, 2008

racun dunia

sering kita dengar, kesenangan, kebahagiaan dan kebebasan di dunia tanpa had nya di miliki oleh segenap manusia yang lalai pada perintahnya, kita sebagai manusia sudah lari terpesong jauh dari suruhan nya dan melakukan pekara yang di larang oleh nya... pada zaman yang kian maju dan membangun ini, kita dapat lihat bertapa pesat nya pembangunan, dan manusia berlumba-lumba untuk mencari nama di atas muka bumi ini. namun mereka salah tanggapan, yang mereka cari hanyalah duit tetapi bukan lah pahala di akhirat nanti... kita sebagai manusia, perlu bijak untuk membahagikan masa untuk menstabilkan diri di dunia dan di akhirat. jika kita hanya bekejar-kejaran untuk mencari kekayaan di muka bumi ini, maka kita akan terjerumus di dunia yang lagi satu. keindahan dunia memang sangat indah bila kita dapat lihat, tetapi ada kah kita pernah fikir pula keindahan akhirat? ramai yang tidak menjangkakan keindahan surga yang di janjikan oleh yang maha pencipta..
cuba kita renungkan bertapa indahnya surga yang di janjikan oleh maha pencipta, sebelum kita tiba di syurga sahaja iaitu di hadapan pintu syurga, kita akan terpegun melihat keindahannya, kita akan terpegun selama 40 tahun apatah lagi bila kita berada di dalam surga yang indah, suci dan berseri-seri.. di sana kita akan dapatapa yang kita inginkan.. kepuasan nafsu yang tak terhingga. di sana jua tiada najis atau pon kekotoran.. malah apa yang kita makan, ia akan mengeluarkan peluh yang berbau harum sekali.. itu lah kehebatan syurga dan banyak lagi.. tapi manusia lebih mementingkan apa yang ada sekarang.. apa yang mereka berpendapat, hidup mesti di teruskan selagi kita masih hidup walau pon amal jariah yang di lakukan di muka bumi ini amat lah kurang..

No comments:

Post a Comment

.:same script, diffrent cast:. .:aku insan yang tak punya apa-apa:.

Pages